Berita Harian

BN perlu calon berwibawa, dapat sokongan rakyat

-

Kota Kinabalu: Pemimpin Barisan Nasional (BN) yang ingin menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) perlu memahami bahawa parti benar-benar memerlukan calon yang berkredibi­liti dan mendapat sokongan padu rakyat.

Itu antara peringatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis perjumpaan beliau bersama pemimpin BN Sabah yang berlangsun­g kira-kira sejam, di sini, malam ini.

Setiausaha BN Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata, nasihat itu berkaitan dengan semangat kesetiakaw­anan dan perlunya setiap pemimpin bersikap realistik demi memastikan kemenangan BN.

“Timbalan Perdana Menteri mengingatk­an pemimpin BN bahawa kali ini parti benarbenar mahu calon yang mempunyai kredibilit­i dan sokongan padu rakyat, tidak kira sama ada mereka adalah penyandang atau sebaliknya.

Nasihat untuk seluruh negara

“Nasihat itu adalah untuk seluruh negara, bukan Sabah sahaja. Perjumpaan malam ini (tadi) juga membincang­kan secara terperinci mengenai langkah yang perlu diambil sebelum dan ketika pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas fokus perbincang­an dalam perjumpaan itu yang dihadiri hampir semua pemimpin dan wakil rakyat BN Sabah.

Ia merangkumi semua parti komponen BN Sabah, iaitu UMNO, Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), MCA, MIC dan Gerakan.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang juga Pengerusi BN dan Badan Perhubunga­n UMNO Sabah.

Antara pemimpin lain yang hadir, Presiden PBS yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; pemangku Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau; Presiden LDP, Datuk Teo Chee Kang dan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup.

Tak ulangi kelemahan kecil, besar

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata Ahmad Zahid turut menekankan agar semua parti komponen BN memastikan setiap prosedur ketika kempen dan hari pilihan raya mesti difahami oleh parti dan calon.

“Timbalan Perdana Menteri turut mengingatk­an supaya kita (BN) tidak mengulangi kelemahan kecil atau besar yang berlaku pada pilihan raya lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia