Berita Harian

Perpecahan lemahkan kuasa politik Melayu

-

Penulisan ini bertumpu kepada keadaan politik di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, tiga negeri yang kritikal dalam aspek kuasa politik Melayu.

Perak dan Negeri Sembilan dikuasai Barisan Nasional (BN), namun berbanding negeri di utara itu, Negeri Sembilan lebih selamat kerana menguasai 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada keseluruha­n 36 kerusi, manakala selebihnya dikuasai pembangkan­g.

Di Perak, BN menguasai 31 kerusi DUN daripada keseluruha­n 59 kerusi, iaitu kelebihan tiga kerusi, manakala Selangor pula sudah dua penggal dikuasai pakatan PKR, DAP dan PAS (sebelum beberapa wakil rakyat PAS keluar parti dan menyertai Parti Amanah Negara atau PAN).

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, BN hanya mendapat 12 kerusi DUN daripada 56 kerusi keseluruha­n di Selangor.

Adakah kemungkina­n ketiga-tiga negeri ini akan berjaya dikuasai oleh politik Melayu dengan kukuh melalui PRU-14 nanti? Persoalan yang menarik untuk diteliti.

Tiga negeri ini berbeza dengan percaturan kuasa politik di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Struktur penduduk dan peratusan kaum yang berbeza memberikan kesan politik yang berbeza.

Keputusan lebih mudah dan risiko kecil bagi pengundi di Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis kerana falsafah politik yang tidak jauh berbeza antara pembangkan­g yang kuat di empat negeri berkenaan dan BN, keduaduany­a dikuasai Melayu.

BN Perak perlu 40 kerusi

Di Perak, BN berjaya menguasai 31 daripada 59 kerusi, manakala 18 kerusi dikuasai DAP yang menang semua kerusi ditandingi­nya di kawasan majoriti pengundi Cina. Selebihnya, masing-masing lima kerusi disandang PKR dan PAS.

Daripada 31 kerusi DUN dikuasai BN, tujuh dimenangi dengan majoriti kecil kurang 1,000 undi. Kerajaan negeri boleh berubah disebabkan tiga kerusi sahaja.

Pada PRU-12 lapan tahun lalu, pakatan pembangkan­g diketuai DAP mendapat 31 kerusi dan membentuk kerajaan di Perak, namun apabila tiga wakil rakyat pakatan iaitu dua daripada PKR dan seorang wakil DAP mengisytih­arkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas, kerajaan negeri ketika itu runtuh.

Kerajaan BN di Perak akan menjadi kukuh sekiranya dapat meningkatk­an jumlah kerusi dikuasainy­a kepada antara 35 hingga 40 kerusi.

Sekiranya berjaya mendapat 40 kerusi, barulah Kerajaan BN di Perak akan benar-benar kukuh. Bagaimana ini dapat dicapai? Mungkinkah berjaya dicapai melalui PRU-14 nanti?

Kuasa politik Melayu perlu dikekal

Apa yang perlu ialah pengekalan kuasa politik Melayu agar tidak dikuasai pembangkan­g di Perak.

Agihan kerusi Pakatan Harapan (PH) yang mungkin berlaku di Perak ialah 18 kerusi kepada DAP dan selebihnya, 41 kerusi diagihkan kepada PAN, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), namun jumlah 41 kerusi itu sukar untuk dimenangi PH dengan mudah.

Berasaskan keputusan PRU 2008 dan 2013, DAP dijangka menang mudah di 18 kawasan yang diperuntuk­kan kepadanya. Andainya PH yang berjaya menguasai kerajaan negeri berkenaan, parti yang paling dominan ialah DAP.

Perpecahan pengundi Melayu kepada tiga atau empat parti politik akan melemahkan kuasa politik Melayu. Walaupun jawatan Menteri Besar akan terus dipegang orang Melayu dalam PH, tetapi kuasa politik sebenar akan dikuasai oleh parti yang menang paling besar, iaitu DAP.

Pengundi Melayu Perak mesti memikirkan persoalan ini. Perpaduan pengundi Melayu di Perak sangat perlu dalam membentuk kerajaan yang kuat dan kukuh. Sekiranya berlaku perpecahan, kuasa politik Melayu akan lemah dan akan dikuasai oleh orang lain.

Dalam hal mengukuhka­n kuasa politik Melayu ini juga, BN perlu melakukan sesuatu bagi menarik sokongan Melayu dan melindungi kepentinga­n orang Melayu selaras apa yang diperuntuk­kan dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Peruntukan Perkara 153 harus dijadikan teras dalam dasar kerajaan.

Ikuti bahagian 2, esok

Struktur penduduk dan peratusan kaum yang berbeza memberikan kesan politik yang berbeza” Kerajaan BN di Perak akan menjadi kukuh sekiranya dapat meningkatk­an jumlah kerusi dikuasainy­a kepada antara 35 hingga 40 kerusi” Dalam hal mengukuhka­n kuasa politik Melayu ini juga, BN perlu melakukan sesuatu bagi menarik sokongan Melayu dan melindungi kepentinga­n orang Melayu”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia