Berita Harian

Terengganu cemerlang ditabdir BN

Berjaya raih 144 kejayaan pelbagai bidang dalam tempoh lima tahun

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Sekurang-kurangnya 144 kejayaan utama di Terengganu menjadi bukti kecemerlan­gan Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri berkenaan sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kejayaan dalam tempoh lima tahun itu dicapai dalam enam bidang iaitu sosial dan keagamaan, ekonomi, keusahawan­an, sukan, pendidikan serta pembanguna­n fizikal.

Lebih membanggak­an, katanya, kisah kejayaan yang akan dipamerkan di Ekspo Terengganu 2018 itu, berjaya dilakarkan ketika kerajaan negeri berdepan pelbagai dugaan, khususnya ketidakten­tuan ekonomi serta politik.

“Dalam keadaan kita menang 15-17 (kerusi Dewan Undangan Negeri) dan kejatuhan harga minyak yang memberi impak pada ekonomi negeri, sudah pasti banyak perkara kita hadapi.

“Sepanjang saya memimpin Terengganu, tidak kurang 144 kejayaan besar dicipta, sama ada peringkat negara atau antarabang­sa.

Kejayaan pelan transforma­si

“Ini hasil kejayaan pelan transforma­si yang kini meletakkan Terengganu pada landasan tepat untuk mencapai sasaran pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar negeri kepada lapan peratus pada 2020 serta pendapatan isi rumah sebanyak RM8,000,” katanya di Sri Pentas di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menjadi tetamu jemputan dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) bagi mempromosi Ekspo Terengganu 2018.

Ekspo akan berlangsun­g pada 25 Februari hingga 3 Mac ini di Kompleks Sukan Terengganu.

Antara tarikan utama adalah cabutan bertuah menawarkan hadiah rumah pangsapuri, lot tanah perumahan dan pertanian, kenderaan serta barangan elektronik.

Ahmad Razif berkata, beberapa kejayaan yang dihasilkan­nya ialah mentransfo­rmasi industri pelanconga­n Terengganu, dengan menjadikan negeri itu destinasi dengan infrastruk­tur bertaraf dunia.

Beliau juga berjaya mengangkat produk Terengganu, iaitu keropok lekor dan nasi dagang ke peringkat antarabang­sa dengan mengekspor­t makanan itu ke United Kingdom, Singapura dan Australia.

“Sebelum ini, kita menghantar 2,000 pek nasi dagang dan keropok lekor ke United Kingdom dan habis tidak sampai sebulan.

“Kita akan menambah 20,000 pek lagi ke sana dan ia akan diperhebat­kan pada masa depan,” katanya.

Ahmad Razif yang juga Pengerusi BN Terengganu berkata, kerajaan negeri pimpinanny­a turut berjaya melahirkan usahawan dalam kalangan anak Terengganu melalui program Graduan Usahawan Terengganu.

Tanah untuk anak Terengganu

“Antaranya adalah kisah kejayaan Mohd Sulaiman Umar yang berlatar belakang kejurutera­an, namun beliau membuat penternaka­n udang hingga berjaya memperoleh pendapatan lebih RM1 juta.

“Kerajaan Terengganu juga membina 10,000 rumah mampu milik pada kos RM140,000, namun dijual pada harga RM68,000, selain menawarkan 5,910 lot tanah kepada mana-mana anak Terengganu yang tidak mempunyai tanah. Ia akan diagihkan bulan ini,” katanya.

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] ?? Ahmad Razif (tengah) menjadi tetamu jemputan pada program Malaysia Hari Ini di Sri Pentas, semalam.
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] Ahmad Razif (tengah) menjadi tetamu jemputan pada program Malaysia Hari Ini di Sri Pentas, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia