Berita Harian

Shahrir sahkan dokumen tukar milik sudah ditandatan­gani

FELDA tetap serah tanggungja­wab bangun tanah di Jalan Semarak kepada SPSB

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Semua dokumen berkaitan termasuk Borang 14A, berhubung penukaran hak milik tanah dekat Jalan Semarak, Kuala Lumpur, sudah disediakan dan ditandatan­gani FELDA.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berkata semua dokumen berkenaan akan dihantar kepada Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur untuk tujuan pertukaran hak milik tanah.

Ketika ditanya tarikh tepat pihaknya akan menyerahka­n semua dokumen permohonan itu, Shahrir hanya tersenyum sambil meminta semua pihak bersabar menunggu tindakan susulan dilakukan pihaknya.

“Borang 14A dan semua dokumen berkaitan pemindahan nama (hak milik) sudah ditandatan­gani (oleh FELDA), hanya tinggal nak hantar. Tunggulah, semua akan selesai dan ia (tanah) akan balik kepada FELDA.

“Ini bukan magic (silap mata) seperti didakwa sesetengah pihak. Semuanya boleh diselesaik­an kerana kita di pihak kerajaan dan kuasa pada kita. Semua ini (isu tanah FELDA) bukan dibuat-buat atau direka-reka,” katanya ketika ditemui di sini, pagi ini.

Shahrir berkata, FELDA akan terus menyerahka­n tanggungja­wab pembanguna­n tanah di Jalan Semarak itu kepada Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB), tetapi per- bincangan lanjut mengenainy­a akan dibuat selepas selesai proses pemindahan hak milik.

Pindah milik diragui

Kontrovers­i membabitka­n tanah FELDA itu terbongkar selepas BH dalam laporan muka depannya pada 21 Disember lalu mendedahka­n agensi berkenaan berisiko kehilangan tanah miliknya di Jalan Semarak.

Pindah milik yang diragui itu dipercayai berlaku apabila SPSB dilantik sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunk­annya.

Pasukan firma audit luar yang dilantik melakukan audit forensik ke atas projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) menyerahka­n laporan akhir kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 2 Februari lalu untuk meneliti dan bersetuju ia memenuhi objektif pengaudita­n ditetapkan.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersetuju menubuhkan satu Jawatankua­sa Siasatan Dalaman bagi mengambil tindakan atas cadangan dan syor laporan audit itu.

Jawatankua­sa Perunding turut ditubuhkan bagi mengkaji semula perjanjian di antara FELDA Investment Corporatio­n Sdn Bhd (FIC) dengan SPSB dan Synergy Promenade Kuala Lumpur Vertical City Sdn Bhd (SPKLVCSB).

Jawatankua­sa itu disertai Datuk Dr Yusof Ismail, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, Datuk Ab Ghani Mohd Ali, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dan Datuk Seri Ahmad Husni Hussain.

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] ?? Tapak projek pembanguna­n Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] Tapak projek pembanguna­n Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
 ??  ?? Shahrir Samad
Shahrir Samad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia