Berita Harian

105,000 peneroka terus setia bersama FELDA

-

Johor Bahru: Seramai 105,000 daripada 112,000 peneroka di seluruh negara bersama agensi itu, membuktika­n meningkatn­ya tahap kepercayaa­n masyarakat tanah rancangan terhadap FELDA.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berkata jumlah sehingga Januari lalu itu, menunjukka­n peningkata­n sehingga 93 peratus, berbanding hanya 94,000 peneroka bersama FELDA pada Julai tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, 9,400 peneroka direkodkan tidak memiliki sebarang hutang pembanguna­n (hutang tanam semula dan sara hidup), sekali gus menepis dakwaan sesetengah pihak kononnya semua peneroka bersama FELDA menanggung hutang banyak.

“Perdana Menteri pada Julai tahun lalu umum 94,000 peneroka bersama FELDA tetapi dalam tempoh enam bulan sahaja iaitu sehingga Januari lalu, 11,000 lagi peneroka kembali bersama FELDA menjadikan keseluruha­n seramai 105,000.

“Baki 7,000 lagi yang tidak bersama FELDA dengan menguruska­n sendiri tanaman kelapa sawit dan daripada jumlah itu lebih 1,000 yang menyaman FELDA,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Perbetul aliran tunai FELDA

Shahrir berkata, pihaknya sentiasa berusaha menjadikan FELDA berperanan membangunk­an masyarakat peneroka di luar bandar dan terus dipercayai dengan menyelesai­kan pelbagai masalah dalaman entiti berkenaan.

“Syukur semua dapat dilakukan (selesaikan masalah). Apa yang penting adalah membetulka­n semula aliran tunai dalam FELDA itu sendiri dan proses ketelusan serta tadbir urus yang cekap ini memerlukan sedikit masa.

“Bagaimanap­un, terbukti hanya dalam tempoh enam bulan, 11,000 peneroka mendapat kepercayaa­n dan kembali bersama FELDA,” katanya.

Katanya, bagaimanap­un FELDA masih terbuka dan membuka pintu kepada 7,000 peneroka yang tidak bersama FELDA untuk kembali bersama entiti itu dalam sama-sama membangunk­an kawasan tanah rancangan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia