Berita Harian

2,000 penduduk Bera manfaat jualan murah

Program bantu ringan beban rakyat diterus: Ismail Sabri

- Oleh Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman

Program Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di pekarangan Pasaraya Agro dekat sini, bermula semalam akan diteruskan, tertakluk kepada keperluan dan stok barangan yang ada.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata program itu mungkin diadakan satu atau dua kali sebulan dengan menawarkan harga keperluan asas pada harga lebih murah.

“Program (Jualan Sentuhan Rakyat) ini diberikan diskaun bagi meringanka­n beban masyarakat di Bera. Harga ditawarkan jauh lebih murah daripada harga pasaran.

“Kebanyakan barang yang dijual adalah keperluan asas seperti beras, tepung dan ayam. Kita akan adakan lagi program ini di Bera, mungkin sekali sebulan dan dua kali sebulan pada masa akan datang,” katanya ketika merasmikan Program Jualan Sentuhan Rakyat di sini, semalam.

Program itu digerakkan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Pasaraya Agro.

Ismail Sabri yang juga Ahli Par- limen Bera berkata, beliau turut memaklumka­n kerajaan akan melanjutka­n program yang boleh membantu meringanka­n bebanan rakyat, termasuk menyemak semula program sedia ada bagi memastikan isu membabitka­n pengguna dan peniaga dapat diberi perhatian sewajarnya.

Penduduk sambut baik program

Sementara itu, kira-kira 2,000 penduduk sekitar Parlimen Bera tidak melepaskan peluang mendapatka­n pelbagai barangan keperluan asas yang dijual menerusi program ini.

Suri rumah, Nur Laili Abdullah, 45 dari FELDA Bukit Kepayang, di sini berkata, beliau dan rakan datang seawal jam 8 pagi sematamata untuk mendapatka­n barangan dapur pada harga berpatutan.

“Saya tidak mahu ketinggala­n kerana harga barang yang murah di sini belum tentu boleh dapat di tempat lain,” katanya.

 ?? [ FOTO NAZIRUL ROSELAN / BH ] ?? Ismail Sabri meninjau gerai jualan selepas merasmikan Program Jualan Sentuhan Rakyat di Bera, semalam.
[ FOTO NAZIRUL ROSELAN / BH ] Ismail Sabri meninjau gerai jualan selepas merasmikan Program Jualan Sentuhan Rakyat di Bera, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia