Berita Harian

Sindiket dadah RM8J tumpas

-

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menumpaska­n sindiket pengedaran dan pemprosesa­n dadah membabitka­n nilai RM8 juta dalam serbuan berasingan di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Pada Sabtu lalu, JSJN Melaka berjaya menumpaska­n sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu apabila dadah dibungkus menggunaka­n pembalut teh Cina bernilai RM3.7 juta dirampas di sebuah rumah di Malim.

Selain dadah disorokkan dalam tong ais itu, polis turut menahan lapan suspek termasuk tiga wanita berusia antara 20 hingga 31 tahun dalam dua serbuan di dua rumah, antara jam 2.30 pagi hingga 6.30 petang, hasil maklumat dan risikan.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata antara dadah dirampas adalah 52.82 kilogram (kg) syabu, 33 gram ketamin dan sebiji pil estacy.

Beliau berkata, semua suspek ditahan adalah warga tempatan.

“Polis turut merampas wang tunai, barangan kemas bernilai RM10,000, dua kereta PROTON Wira dan dua motosikal berjumlah lebih RM54,000.

Rampasan terbesar di Melaka

“Rampasan dadah ini yang terbesar di Melaka setakat ini dan jumlah bahan dirampas dipercayai mampu dibekalkan kepada kira-kira 260,000 penagih,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang, di sini, semalam. Yang turut hadir, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Jalil Hassan.

Mohmad berkata, pihaknya percaya semua dadah berkenaan untuk pasaran di sekitar negeri ini dan dipercayai diseludup masuk dari negara jiran, tetapi siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui berapa lama sindiket ini beroperasi, selain laluan yang mereka gunakan.

“Selain itu, hasil ujian air kencing juga mendapati empat daripada lapan suspek ditahan positif dadah dan turut mempunyai rekod jenayah lalu.

“Semua suspek direman selama seminggu sehingga Sabtu depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Mohmad berkata, polis turut membongkar makmal memproses dadah disyaki syabu di Rembau dan menahan 16 orang serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.3 juta dalam operasi berasingan di Negeri Sembilan serta Selangor pada Selasa dan Rabu lalu.

Katanya, operasi pertama pada 13 Februari itu bermula jam 4.15 petang hingga jam 4.30 pagi keesokanny­a apabila JSJN dengan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman serta JSJN Selangor melancarka­n enam serbuan di sekitar Negeri Sembilan dan Selangor.

“Polis menangkap 12 ahli sindiket membabitka­n rakyat tempatan dan warga India di sebuah ladang lembu di Kampung Kundur Tengah, Pedas, di Rembau, yang disyaki dijadikan makmal memproses syabu.

“Kita turut merampas pelbagai jenis alatan dan bahan kimia memproses dadah 84kg cecair meth yang boleh menghasilk­an 33.6kg syabu.

Dalam serbuan kedua, seorang lelaki ditahan di Bandar Teknologi Kajang, Selangor dan merampas 71.1kg serbuk disyaki dadah, 148.5kg cecair disyaki dadah, 105kg ketulan disyaki dadah dan pelbagai bahan kimia memproses dadah.

“Turut ditahan tiga lagi lelaki di Bandar Teknologi Kajang, Selangor dalam serbuan ketiga,” katanya.

Susulan itu, katanya, polis menahan seorang lelaki di Taman Sungai Jelok, Kajang, Selangor dan seorang lagi lelaki serta seorang wanita di Taman Raintree, Batu Caves, Selangor dalam serbuan keempat serta kelima, manakala serbuan keenam di Taman Cempaka, Ampang, Selangor, polis merampas 26.52kg disyaki syabu.

 ?? [ FOTO MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER/BH ] ?? Mohmad (tiga dari kanan) bersama Abdul Jalil menunjukka­n dadah yang dirampas pada sidang media di IPK negeri, Bukit Beruang, Melaka, semalam.
[ FOTO MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER/BH ] Mohmad (tiga dari kanan) bersama Abdul Jalil menunjukka­n dadah yang dirampas pada sidang media di IPK negeri, Bukit Beruang, Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia