Berita Harian

Model baharu PERODUA merentas masa

Terap keperluan pembanguna­n sesuai sehingga tempoh tujuh tahun di pasaran

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@nstp.com.my

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menerapkan ke perluan masa depan untuk pembanguna­n model baharu kereta keluaranny­a bagi membolehka­n ia sesuai se hingga tempoh lima hingga tujuh tahun selepas berada di pasaran.

Ia turut direalisas­ikan menerusi model kompak ikoniknya, Myvi serba baharu yang mula menjengah pasaran November lalu.

Timbalan Pengurus Besar Reka Bentuk dan R&D PERODUA, Muhamad Zamuren Musa, berkata pembanguna­n model Myvi serba baharu itu dimulakan sejak 2015, namun mengambil kira keperluan masa depan sehingga sesuai untuk satu tempoh masa lebih lama.

Tepati keperluan pelanggan

Beliau berkata, mereka bentuk Myvi serba baharu bukannya satu tugas mudah kerana ia perlu menepati kehendak serta keperluan pelanggan sasar, kos yang ditetapkan dan elemen dinamik serta praktikal yang dimahukan PERODUA.

Selain itu, katanya dengan pe nerimaan menakjubka­n rakyat Malaysia ke atas model Myvi apabila sudah dijual lebih sejuta unit sejak 2005, ia perlu memenuhi jangkaan tinggi semua pihak berkepenti­ngan.

“Kami perlu mengekalka­n ‘pe rasaan’ pelanggan dalam Myvi serba baharu ini. Ia sesuatu yang sukar kerana pada awal pembanguna­nnya pada 2015, kami perlu menerapkan rekaan masa depan yang disasarkan bertahan untuk lima hingga tujuh tahun akan datang.

“Pasukan kami juga perlu menerapkan komitmen PERODUA dalam Myvi serba baharu yang mahukan kereta yang dinamik dan praktikal. Untuk me ngekalkan status ikoniknya, kami menambah baik beberapa elemen model sebelumnya supaya identitiny­a terus dikekalkan.

“Komitmen kami untuk Myvi serba baharu ini sangat tinggi kerana apa pun direncanak­an, ia seharusnya memenuhi kos yang ditetapkan kerana ia adalah ke reta rakyat pada harga mampu milik,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat PERODUA dekat Rawang, barubaru ini.

Muhamad Zamuren berkata, Myvi serba baharu yang menjadi model kedua yang direka bentuk sepenuhnya PERODUA selepas model sedan pertamanya, Bezza dibangunka­n penuh ketelitian supaya ia kekal menjadi ikonik kompak utama di Malaysia.

“Pada peringkat permulaan, kami melaksanak­an enam kaji selidik ke atas 60 hingga 150 responden bagi setiap sesi di seluruh negara sebelum lakaran konsep dibuat pasukan saya.

“Kami juga membuat kajian ke atas model terkemuka untuk membawa reka bentuk premium untuk kereta kompak mampu milik ini. Istilah ‘ciplak’ atau tukar ‘lambang’ tidak lagi wujud untuk Myvi serba baharu ini kerana setiap perincian dilakukan penuh teliti untuk memastikan ini adalah idea terbaik untuk kereta terbaik,” katanya.

PERODUA kini disokong oleh 59 kakitangan daripada pasukan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), yang rataratany­a berpe ngalaman lebih 10 tahun di syarikat itu.

Pasukan itu membangunk­an Myvi serba baharu bermula dari konsep hinggalah model fizikal daripada tanah liat dalam masa sembilan bulan, selain membabitka­n ratusan lakaran, sebelum dua daripadany­a dipersetuj­ui oleh Ahli Lembaga Pengarah.

Model kompak paling berjaya

Pencapaian terbaik PERODUA yang membangunk­an model kompak paling berjaya di Malaysia itu melepasi jangkaan rakyat Malaysia dan ia diterima secara meluas sehinggaka­n lebih 40,000 unit ditempah pada masa ini.

Muhamad Zamuren berkata, meskipun ada segelintir menyifatka­n reka bentuk Myvi generasi ketiga itu seiras dengan dengan beberapa model jenama terkemuka dari Eropah dan Amerika Syarikat (AS), bagi Muhamad Zamuren, ia adalah sesuatu yang perlu dibanggaka­n, selain menegaskan reka bentuknya digagaskan oleh pasukannya.

“Apapun anggapan segelintir pihak, kami sebenarnya berbangga kerana mereka menyamakan dengan model antarabang­sa dan terkemuka. Ia menjelaska­n bahawa produk PERODUA kini setaraf dengan produk keluaran syarikat gergasi automotif dunia,” katanya.

 ??  ?? Muhamad Zamuren Musa, Timbalan Pengurus Besar Reka Bentuk dan R&D PERODUA
Muhamad Zamuren Musa, Timbalan Pengurus Besar Reka Bentuk dan R&D PERODUA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia