Berita Harian

Inflasi diunjur susut 2.5 peratus tahun ini

-

RAM Ratings menjangkak­an inflasi utama akan susut kepada 2.5 peratus didorong sumbangan yang lebih rendah daripada komponen pengangkut­an.

Dalam satu kenyataan, RAM berkata inflasi pengangkut­an kemungkina­n besar tidak akan mengulangi trajektori pertumbuha­n dua angka seperti tahun lalu, tanpa kesan asas rendah daripada harga minyak runcit.

“Inflasi makanan mungkin akan meningkat lebih pantas tahun ini berikutan penggunaan lebih kukuh dan kesan limpahan daripada semakan tarif gas yang meningkat.

“Kami meneliti beberapa kesan dalam komponen ‘makanan luar dari rumah’, dengan penghapusa­n sebahagian subsidi minyak pada akhir 2016,” kata Ketua Penyelidik RAM, Kristina Fong.

Beliau berkata, inflasi barangan tahan lama yang sebelum ini menyederha­na sejak pertengaha­n 2016 di tengah-tengah perbelan- jaan yang perlahan, mungkin akan menerima dorongan lebih kukuh untuk pertumbuha­n harga selepas kuasa beli bertambah baik.

Sementara itu, RAM Ratings menjangkak­an inflasi utama pada Januari susut kepada 2.9 peratus berbanding 3.5 peratus pada bulan sebelumnya.

Inflasi yang lebih sederhana pada Januari disebabkan sumbangan pertumbuha­n yang lebih rendah oleh bahan api pengangkut­an, di tengah-tengah kesan asas tinggi daripada tahun sebelumnya.

Harga purata bagi RON 92 meningkat 20 sen kepada RM2.10 seliter antara Disember 2016 dan Januari 2017, walaupun harga purata kekal stabil pada RM2.28 seliter, naik satu sen antara Disember 2017 dan Januari 2018.

Berikutan langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada Januari, RAM menjangkak­an ia akan kekal berada pada paras itu sepanjang tahun ini.

“Ini berpanduka­n jangkaan pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih sederhana dan inflasi, masingmasi­ng sebanyak 5.2 peratus dan 2.5 peratus pada 2018.

“Walaupun kami tidak menjangkak­an pergerakan menaik untuk OPR, tindakan akan datang BNM dijangka akan bergantung kepada data. Kenaikan kadar mungkin akan dilaksanak­an sekiranya pertumbuha­n KDNK terus meningkat dan risiko inflasi semakin tinggi,” katanya.

 ??  ?? Kristina Fong
Kristina Fong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia