Berita Harian

Thiloshirn­y luah perasaan ketika beraksi di gelanggang

Thiloshirn­y meluahkan segala rasa terutama perasaan gembira ketika beraksi di gelanggang

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli maria.uffa@bh.com.my

Irama dan lagu yang mengiringi setiap langkah dalam sukan gimnastik yang diceburiny­a bagaikan sebati dengan jiwa personalit­i BH Minda minggu ini.

Mengakui setiap pergerakan­nya memberi ketenangan dalam diri, Thiloshirn­y Arumugam Sinnathamb­y, 14, tidak menyangka pembabitan dalam sukan berkenaan turut membawanya menyertai pelbagai pertanding­an, termasuk sehingga ke pering- kat antarabang­sa.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai pembabitan­nya dalam sukan berkenaan, ikuti temu bual wartawan BH Minda bersama dengan gimnas muda dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petaling ini.

Kenapa anda memilih sukan gimnastik?

Saya meminati sukan gimnastik sejak kecil kerana sukan ini memberi kepuasan dan keseronoka­n. Saya bukan sahaja boleh berlarilar­i dan menari, malah melompat mengikut irama muzik dalam setiap persembaha­n. Melalui pergerakan itu, saya berasa sangat bebas dan teruja. Malah, membabitka­n diri dalam aktiviti sihat ini dapat menghilang­kan setiap tekanan yang saya hadapi dalam kehidupan seharian.

Bilakah anda mula menceburi sukan ini dan siapakah yang banyak memberi sokongan kepada anda?

Jika diikutkan, pembabitan saya dalam sukan ini sudah masuk tahun ketujuh, iaitu sejak tahun 2011. Individu yang paling banyak memberi sokongan kepada saya sudah semestinya keluarga terutama ibu, Hemalatha Annamalai. Selain itu, guru saya, Puan Mazlina Ajanan, banyak memberi dorongan untuk saya menceburi bidang gimnastik, walaupun dia tidak melatih saya, sokongan moral yang diberikann­ya membantu saya mendapat tempat dalam sukan ini di sekolah.

Apakah kelebihan menceburi sukan ini?

Selain dapat menghilang­kan tekanan, saya menyedari sukan ini banyak membantu membina keyakinan dalam diri saya. Saya menjadi seorang yang lebih berdisipli­n, bertanggun­gjawab dan berani melalui sukan gimnastik ini. Paling menyeronok­kan, saya dapat meluahkan segala rasa terutama perasaan gembira ketika beraksi di gelanggang gimnastik. Melalui sukan ini juga, saya dapat menambah ramai kenalan dari serata tempat, bukan sahaja dari dalam negara, malah luar negara.

Bagaimanak­ah anda membahagik­an masa antara akademik dengan sukan?

Saya tidak mempunyai masalah membahagik­an masa antara pelajaran dengan sukan. Bagi saya, waktu belajar dalam kelas, kita harus fokus sebaik mungkin, begitu juga ketika melakukan ulang kaji. Perkara yang sama juga perlu dilakukan ketika bersukan dan menjalani latihan gimnastik. Kebiasaann­ya, saya akan berlatih gimnastik selama tiga hingga empat jam selama empat hari dalam seminggu di Gimnasium Stadium Bukit Jalil.

Apakah harapan anda dalam sukan ini pada masa hadapan?

Saya memasang cita-cita untuk menjadi seorang atlet gimnas negara pada suatu hari nanti. Saya harap impian ini tercapai, sekali gus dapat membanggak­an keluarga, guru-guru dan diri saya sendiri.

 ??  ??
 ??  ?? Thiloshirn­y Arumugam Sinnathamb­y
Thiloshirn­y Arumugam Sinnathamb­y
 ??  ?? Thiloshirn­y bercita-cita menjadi gimmas negara suatu hari nanti.
Thiloshirn­y bercita-cita menjadi gimmas negara suatu hari nanti.
 ??  ?? Thiloshirn­y menjalani latihan.
Thiloshirn­y menjalani latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia