Berita Harian

BERNIAGA dalam talian

Peluang untuk pelajar yang mahu menceburi bidang perniagaan secara serius pada masa depan

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli maria.uffa@bh.com.my

̌

Berniaga secara dalam talian selari dengan kecanggiha­n teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah landasan terbaik bagi golongan pelajar yang mahu menceburi bidang perniagaan secara serius pada masa hadapan.

Mereka boleh memasarkan dan mengiklan produk dengan cepat, mudah dan berkesan menerusi platform media sosial seperti Facebook dan Instagram, malah tanpa dikenakan sebarang kos.

Minat dalam bidang perniagaan yang wajar dipupuk sejak usia muda dengan menggunaka­n kemudahan teknologi dan penggunaan alat peranti yang semakin canggih pada masa ini turut mampu memberikan pulangan yang menguntung­kan.

Guru Penasihat Kelab Pengguna Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong, Shah Alam, Puan Milfarina Mohd Jamil, berkata dalam dunia digital ini, pelajar yang berkeboleh­an dalam bidang perniagaan wajar merebut peluang untuk belajar menjana pendapatan sendiri.

Beliau berkata, berniaga secara dalam talian atau lebih sinonim sebagai perniagaan online itu mudah dilakukan dengan hanya menggunaka­n kemudahan teknologi di hujung jari.

“Mereka yang berbakat dalam perniagaan ini boleh memulakan perniagaan secara kecilkecil­an dan inilah masa paling sesuai untuk meningkatk­an kemahiran berniaga, sekali gus belajar mengenai kesusahan mencari duit poket sendiri.

Teknik pemasaran

“Sekurangku­rangnya hasil jualan yang diperoleh daripada perniagaan dalam talian dapat digunakan untuk perbelanja­an harian tanpa perlu bergantung kepada ibu bapa masingmasi­ng,” katanya kepada

BH Minda, barubaru ini. Puan Milfarina berkata, dengan kecanggiha­n teknologi kini, beliau percaya perniagaan dalam talian yang diusahakan pelajar mampu menembusi pasaran lebih luas dan bukan sekadar menyasar rakanrakan terdekat.

Katanya, mereka boleh memanfaatk­an saluran media sosial yang sememangny­a ramai pengikut untuk meluaskan pasaran perniagaan dengan menggunaka­n teknik dan kaedah pemasaran yang berkesan dan kreatif.

“Saya yakin dengan ilmu perniagaan yang dipelajari di sekolah mampu meningkatk­an keyakinan mereka, sekali gus bersedia untuk menjalanka­n perniagaan secara lebih serius pada masa

Pengawasan orang dewasa

“Bagaimanap­un, sebagai pelajar, mereka harus bijak membahagik­an masa antara pelajaran dengan perniagaan supaya tidak menjejaska­n tumpuan dalam bidang akademik,” katanya.

Selain itu, Puan Milfarina berkata, walaupun diberi kebebasan untuk berniaga, pelajar yang masih mentah dalam dunia perniagaan perlu berhatihat­i supaya tidak mudah terperdaya dengan manamana pihak yang mungkin ingin mengambil kesempatan.

“Mereka masih memerlukan pengawasan dan pemantauan orang dewasa seperti ibu bapa dan adikberadi­k lain bagi mengelak menjadi mangsa penipuan perniagaan,” katanya.

 ??  ?? Perniagaan secara dalam talian mudah dilakukan dengan hanya menggunaka­n kemudahan teknologi di hujung jari.
Perniagaan secara dalam talian mudah dilakukan dengan hanya menggunaka­n kemudahan teknologi di hujung jari.
 ??  ?? Puan Milfarina Mohd Jamil
Puan Milfarina Mohd Jamil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia