Berita Harian

Berniaga sejak di sekolah rendah

-

Melaka: Pasangan kembar seiras, Nur Asnita dan Nur Asyura Ali, 15, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hang Kasturi, di sini, menceburi bidang perniagaan secara dalam talian sejak di bangku sekolah rendah dengan bantuan ahli keluarga.

Mereka mengakui begitu meminati bidang perniagaan sejak kecil dan menggunaka­n kemudahan internet untuk mempromosi­kan pelbagai barangan yang pada mulanya dilakukan secara sukasuka.

Nur Asnita berkata, menyedari kebanyakan remaja gemar menggayaka­n pelbagai aksesori dan meminati fesyen menyebabka­n mereka mengambil keputusan untuk menjual pelbagai barangan berkaitan seperti tudung, cermin mata, baju, kasut, aksesori wanita dan aksesori telefon bimbit.

“Alhamdulil­lah, sambutan yang diterima amat menggalakk­an dan pendapatan yang diperoleh dapat digunakan untuk perbelanja­an harian, termasuk membeli barang keperluan sekolah dan membuat tabungan pada masa hadapan,” katanya.

Lebih matang

Sementara itu, Nur Asyura berkata, mereka memang serius untuk mengembang­kan kemahiran dan bakat berniaga selepas tamat pengajian nanti.

Beliau berkata, usia yang masih muda bukan penghalang untuk mereka menguruska­n perniagaan, malah dengan pengalaman yang diperoleh menjadikan mereka lebih matang bagi memperbaik­i perkhidmat­an dari semasa ke semasa.

“Kami akan meneruskan bidang ini walaupun selepas tamat pengajian peringkat universiti nanti dan berhasrat untuk membuka kedai sendiri.

“Kemahiran berniaga yang diperoleh akan kami guna sebaik mungkin, sekurangku­rangnya selepas tamat pengajian kami tidak perlu menganggur dan mempunyai pekerjaan yang diusahakan sendiri,” katanya.

 ??  ?? Nur Asyura Ali
Nur Asyura Ali
 ??  ?? Nur Asnita (kiri) dan adiknya, Nur Asyura sedang membungkus barangan yang dipesan pelanggan.
Nur Asnita (kiri) dan adiknya, Nur Asyura sedang membungkus barangan yang dipesan pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia