Berita Harian

Inflasi bukan teras kuasai kadar inflasi 2017

- Dr Zulkiply Omar Penyelidik Kanan, Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER)

Kadar inflasi diukur oleh indeks harga pengguna (IHP) pada tahun lalu secara umumnya adalah lebih tinggi berbanding dengan 2016. Purata kadar inflasi IHP pada 2017 adalah 3.9 peratus berbanding dengan 2.1 peratus pada tahun sebelumnya.

Bagaimanap­un, Jabatan Perangkaan Malaysia sudah menyemak semula kadar inflasi IHP untuk 2017 kepada 3.7 peratus.

Peningkata­n paras harga biasanya disumbangk­an sama ada oleh peningkata­n permintaan yang tinggi atau peningkata­n kos pengeluara­n atau keduaduany­a.

Keduadua faktor berkenaan memainkan peranan menyumbang­kan kepada peningkata­n harga pada tahun lalu.

Prestasi ekonomi tahun lalu adalah melampaui jangkaan, di mana keluaran dalam negeri kasar (KDNK) tumbuh pada kadar 5.9 peratus.

Kadar pertumbuha­n itu adalah 0.3 mata peratusan lebih baik dari unjuran Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER), iaitu pada kadar 5.6 peratus.

Pertumbuha­n yang tinggi itu disumbangk­an terutama oleh permintaan domestik dan disokong oleh permintaan antarabang­sa yang sihat.

Pertumbuha­n permintaan domestik terutamany­a disumbangk­an oleh peningkata­n perbelanja­an swasta yang tumbuh pada kadar 7.0 peratus, manakala pelaburan dianggarka­n tumbuh pada kadar 4.3 peratus setahun.

Peningkata­n permintaan domestik yang memberangs­angkan itu sudah tentu memberi tekanan menaik ke atas paras harga. Kesan ini sering disebut sebagai peningkata­n kadar inflasi yang disebabkan oleh tarikan permintaan.

Pertumbuha­n kadar perbelanja­an swasta juga selari dengan keadaan pasaran buruh yang sihat, di mana kadar penganggur­an pada tahun lalu didapati terkawal di bawah paras 3.5 peratus.

Dalam pada itu, peningkata­n kos juga memberi kesan kepada kenaikan harga pada tahun lalu, apa yang disebut sebagai inflasi tolakan kos.

Peningkata­n kos pula terutama disumbangk­an oleh kelemahan nilai ringgit berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS). Keadaan ini memberi kesan kepada nilai import yang biasanya didenomina­si di dalam dolar.

Ini di samping memberi kesan langsung ke atas harga barangan pengguna, turut meningkatk­an harga barangan perantaraa­n yang digunakan untuk mengeluark­an barangan pengguna.

Justeru, kos pengeluara­n akan meningkat yang biasanya akan ditolak kepada pengguna, di dalam bentuk peningkata­n harga barangan akhir.

Walaupun nilai ringgit mengalami kenaikan berbanding dolar pada tahun lalu, namun ia masih di bawah nilainya yang lebih stabil berbanding dolar pada 2015.

Sepanjang tahun lalu, nilai ringgit meningkat sebanyak lebih kurang 10 peratus berbanding dolar.

Oleh kerana nilai ringgit berbanding dolar masih di bawah paras kestabilan pada 2015, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada paras harga untuk 2017.

Nilai ringgit berbanding dolar mula menyimpang dari nilai kestabilan pada 2015 apabila minyak mentah dunia mengalami krisis kejatuhan harga.

Selain dari kelemahan nilai ringgit, harga minyak turut mempengaru­hi kadar inflasi pada tahun lalu.

Kaedah penentuan harga minyak secara mingguan berdasarka­n harga pasaran melihat indeks pengangkut­an di dalam IHP mengalami turun naik yang ketara.

Sepanjang 2015 hingga 2016, indeks pengangkut­an mengalami penurunan, iaitu merekodkan kadar purata pertumbuha­n negatif, kerana kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Pada 2015 purata pertumbuha­n indeks pengangkut­an di dalam IHP adalah 4.5 peratus dan pada 2016 adalah 4.4 peratus.

Namun pada 2017, harga minyak mentah dunia mula meningkat, walaupun masih jauh di bawah harga sebelum krisis, apabila Pertubuhan NegaraNega­ra Pengekspor­t Petroleum (OPEC) berjaya mengenakan kuota pengeluara­n kepada aahlinya yang turut disokong oleh beberapa negara pengeluar utama bukan OPEC termasuk Russia.

Sudah tentu kesan akhirnya melihat harga minyak di pam turut meningkat.

Oleh yang demikian, indeks pengangkut­an mencatatka­n peningkata­n yang mendadak pada tahun lalu dengan purata pertumbuha­n dua angka iaitu 13.4 peratus.

Kaedah penentuan harga minyak mengikut harga pasaran adalah sebahagian daripada proses rasionalis­asi subsidi yang perlu untuk meningkatk­an kecekapan ekonomi jangka panjang, walaupun terpaksa menghadapi kesan jangka pendek termasuk kenaikan harga.

Peningkata­n harga pengangkut­an sudah pasti memberi kesan positif kepada kos pengeluara­n dan seterusnya diterjemah­kan kepada peningkata­n paras harga barangan pengguna.

Kesan turun naik indeks pengangkut­an jelas mempengaru­hi corak IHP kerana pemberatny­a terhadap IHP yang agak tinggi, iaitu 13.7 peratus.

Kadar inflasi IHP terbahagi kepada dua komponen, iaitu inflasi teras dan inflasi bukan teras. Berbeza dari dua tahun sebelumnya, kadar inflasi IHP untuk 2017 disumbangk­an sebahagian besarnya oleh inflasi bukan teras. Manakala, kadar inflasi untuk 20152016 sebahagian besarnya disumbangk­an oleh inflasi teras.

Inflasi teras adalah kadar inflasi yang tidak mengambil kira perubahan sementara di dalam harga. Ini dilakukan dengan mengeluark­an barangan dan perkhidmat­an yang harganya mengalami turun naik daripada pengiraan indeks.

Justeru, barangan dan perkhidmat­an yang harganya stabil termasuk di dalam inflasi teras. Manakala, barangan dan perkhidmat­an yang harganya mengalami turun naik termasuk di dalam inflasi bukan teras. Antara lain, pengangkut­an termasuk di dalam inflasi bukan teras.

Pada tahun lalu, daripada purata kadar inflasi 3.9 peratus,

3.0 mata peratusan disumbangk­an oleh inflasi bukan teras berbanding sumbangan dari inflasi teras sebanyak 0.9 mata peratusan.

Corak ini berbeza dari 2016 di mana sebahagian besar kadar inflasi dengan purata 2.1 peratus adalah disumbangk­an oleh inflasi teras dengan 1.5 mata peratusan, berbanding dengan 0.6 mata peratusan sumbangan inflasi bukan teras.

MIER mengunjurk­an kadar inflasi untuk tahun ini adalah lebih rendah berbanding tahun lalu. Ini adalah kerana keduadua faktor, tarikan permintaan dan tolakan kos, dijangka lebih lemah.

Permintaan domestik dijangka tumbuh dengan lebih perlahan. Antara lain, kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) oleh

Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperlaha­nkan pertumbuha­n permintaan domestik.

Sementara itu, harga minyak mentah yang lebih stabil dijangka akan memberi tekanan menurun kepada indeks pengangkut­an di dalam IHP.

Nilai ringgit yang terus kukuh berbanding dolar juga turut memberi tekanan menurun kepada kos pengeluara­n kerana harga import barangan perantaraa­n menjadi lebih murah.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Sepanjang tahun lalu, nilai ringgit meningkat lebih kurang 10 peratus berbanding dolar.
[ FOTO HIASAN ] Sepanjang tahun lalu, nilai ringgit meningkat lebih kurang 10 peratus berbanding dolar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia