Berita Harian

FBM KLCI menokok 19.04 mata

Prestasi pasaran dipacu sentimen positif pelabur tempatan, serantau

-

Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi semalam, dipacu oleh minat belian serta prestasi bursa-bursa serantau, kata peniaga.

Sewaktu ditutup, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 19.04 mata kepada 1,857.32, selepas bergerak dalam jajaran antara 1,841.78 dan 1,858.23 sepanjang sesi dagangan.

Ia dibuka meningkat 4.74 mata kepada 1,843.02 daripada 1,838.28 sewaktu ditutup pada Khamis lalu.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 824 berbanding 193 dengan 288 kaunter tidak berubah, 587 tidak diniagakan, manakala 19 lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 2.36 bilion unit bernilai RM1.89 bilion daripada 1.11 bilion saham bernilai RM1.07 bilion pada Khamis.

Peniaga berkata, bursa Asia ditutup lebih tinggi dalam dagangan tipis berikutan pasaran di China, Hong Kong dan Amerika Syarikat (AS) masih ditutup bersempena cuti Tahun Baharu Cina serta Hari Presiden.

Pemulihan keyakinan

“Peningkata­n prestasi bursa Asia menunjukka­n pemulihan keyakinan terhadap ekuiti global susulan langkah pembetulan teknikal sebelum ini pada Februari yang mencetuska­n kebimbanga­n mengenai kenaikan inflasi.

“Pelabur kini memberi tumpuan ke atas pendapatan korporat yang lebih kukuh,” katanya.

Pada peringkat tempatan, sentimen positif masih terus memacu pasaran, didorong oleh pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang kukuh pada suku akhir 2017 serta harga minyak mentah yang lebih stabil.

Harga minyak mentah Brent berada pada paras AS$65.30, meningkat daripada AS$64.84 satu tong, manakala minyak mentah AS, West Texas Intermedia­te naik kepada AS$62.23 daripada AS$61.55, sebelum ini.

Pada peringkat serantau, pasaran Nikkei 225 Jepun naik 1.97 peratus kepada 22,149.21, Kospi Korea Selatan meningkat 0.87 peratus kepada 2,442.82, manakala Indeks Straits Times Singapura bertambah 1.24 peratus kepada 3,486.22.

Saham wajaran tinggi menyaksika­n Maybank dan Tenaga masing-masing meningkat empat sen kepada RM10.14 dan RM14.74, Public Bank untung 14 sen kepada RM21.98, CIMB Group meningkat lapan sen kepada RM7.09, manakala Petronas Chemicals sebaliknya tidak berubah pada RM8.10.

Bagi saham aktif, PUC untung dua sen kepada 28 sen, waran Hibiscus meningkat 1.5 sen kepada sembilan sen, Sino Hua-an naik lima sen kepada 56 sen, Sapura Energy menokok 3.5 sen kepada 72 sen manakala Hibiscus Petroleum bertambah 9.5 sen kepada RM1.04.

Indeks FBM Emas menokok 149.51 mata kepada 13,267.0, Indeks FBMT 100 menambah 140.01 mata kepada 12,969.59, manakala FBM 70 melonjak 200 mata kepada 16,305.29.

Angka Indeks FBM Emas Shariah turut melonjak 169.62 mata kepada 13,604.72, manakala FBM Ace naik 166.04 mata kepada 6,408.60.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 185.81 mata kepada 17,780.22, Indeks Perusahaan naik 75.58 mata kepada 3,278.24 dan Indeks Perladanga­n menokok 51.14 mata kepada 8,048.11.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama naik kepada 1.37 bilion unit bernilai RM1.69 bilion berbanding 601.53 juta unit bernilai RM979.37 juta yang dicatat pada Khamis lalu.

Di Pasaran ACE, jumlah daganganny­a bertambah kepada 459.29 juta saham bernilai RM110.72 juta daripada 221.85 juta saham bernilai RM45.74 juta, sebelum ini.

Jumlah waran menokok kepada 518.40 juta unit bernilai RM84.66 juta daripada 286.69 juta unit bernilai RM45.93 juta, sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 53.03 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (389.95 juta), pembinaan (58.52 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (623.99 juta), teknologi (79.98 juta), infrastruk­tur (4.25 juta), SPAC (646,000), kewa (44.96 juta), perhotelan (369,200), hartanah (87.03 juta), perladanga­n (23.25 juta), perlombong­an (405,700), REIT (5.08 juta) dan dana tertutup (sifar).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia