Berita Harian

Keyakinan pelabur Asia kembali pulih

-

Kebanyakan pasaran saham Asia meningkat sedikit semalam, dengan indeks penanda aras Tokyo meningkat menghampir­i dua peratus berikutan keyakinan pelabur meningkat semula.

Kelemahan yen dan peningkata­n berterusan di Wall Street minggu lalu membantu melonjakka­n Indeks Nikkei 225 naik 1.97 peratus atau 428.96 mata kepada 22,149.21.

Indeks meluas Topix meningkat 2.17 peratus atau 37.78 mata kepada 1,775.15.

Saham di Sydney dan Seoul juga meningkat tinggi, tetapi dagangan secara umumnya perlahan di rantau ini berikutan kebanyakan pasaran utama termasuk di China dan Hong Kong ditutup berikutan cuti Tahun Baharu Cina.

“Saham Jepun minggu ini dijangka meningkat semula daripada kejatuhan yang dicatatkan pada awal bulan,” kata Okasan Online Securities dalam nota penyelidik­annya.

“Dengan ketidakten­tuan jatuh di Jepun dan Amerika Syarikat (AS), kita boleh jangka pasaran akan lebih tenang,” katanya.

Dolar AS, yang jatuh di bawah 106 untuk mencecah paras rendahnya sejak November 2016 berbanding yen pada Jumaat, mening semula kepada 106.53 berbanding 106.25 di New York akhir Jumaat.

“Pelabur lega melihat yen berhenti meningkat,” kata broker Iwaicosmo Securities, Toshikazu Horiuchi.

Kekal berhati-hati

“Mereka kekal berhati-hati mengenai kadar tukaran asing buat masa ini berikutan dolar AS masih berlegar sekitar paras 106 yen,” kata Horiuchi kepada AFP.

Sentimen pasaran juga dirang

oleh pengakhira­n positif mingguan di AS dan Eropah.

Indeks Dow ditutup positif de ngan meningkat 0.1 peratus kepada 25,219.38 sebelum cuti hujung minggu yang panjang, penutup positif enam hari berturut-turut bagi indeks saham mewah kerana ia mencatatka­n peningkata­n mingguan terbaik sejak November 2016.

Saham Eropah juga tinggi secara meluas, dengan penganalis­is berkata keyakinan peniaga meningkat, menggalakk­an pelabur kembali semula selepas kejatuhan harga.

Di pasaran Asia yang berdagang semalam, indeks pasaran Australia, ASX ditutup 0.64 peratus lebih tinggi, sementara New Zealand ditutup rendah 0.12 peratus.

Indeks penanda aras KOSPI naik 0.87 peratus.

Harga minyak mentah di dagangan Asia meningkat, tetapi penganalis­is berkata, peningkata­n akan terus dikekang oleh kebimbanga­n bahawa pengeluara­n minyak mentah di AS pada paras rekod tertinggi akan menafikan kesan penguranga­n output yang diterajui Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC).

“Oleh kerana harga minyak mentah mengalir dalam keadaan yang menyedihka­n, pemerhati industri akan memberi tumpuan kepada pengeluara­n AS sebagai panduan untuk harga minyak mentah,” kata Avtar Sandu, penganalis­is tenaga dengan Phillip Futures di Singapura.

Peniaga sedang menunggu inventori minyak mentah dan data pengeluara­n AS selanjutny­a yang akan dikeluarka­n hari ini oleh kumpulan industri, American Petroleum Institute dan pada Rabu oleh Jabatan Tenaga AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia