Berita Harian

STATUS ISTERI KEDUA

Adira nasihat Izreen bersabar, ketepi kritikan netizan

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan muhamadfai­roz@bh.com.my

Memegang status isteri kedua dan berdepan persepsi peminat bukan sesuatu yang mudah dihadapi selebriti.

Apatah lagi, netizen pantas menghukum kononnya isteri kedua adalah perampas dan peragut kebahagiaa­n rumah tangga isteri pertama.

Tidak terkecuali berdepan kerenah netizen yang memandang serong artis berstatus isteri kedua, Adira Suhaimi hanya mampu memekakkan telinga. Baginya, masyarakat tidak memahami apa yang tersimpan di hati mereka.

Bagi Adira, berdiam diri adalah jalan terbaik meskipun, di luar sana masih banyak pihak mengecam keputusann­ya untuk hidup bermadu.

Nama Adira kembali hangat apabila digandingk­an dengan Izreen Azminda sebagai penghias muka depan sebuah majalah, barubaru ini. Tanpa semena-mena, gandingan mereka itu mencetuska­n polemik di laman sosial.

“Saya sudah biasa dikecam netizen sejak dulu. Apa yang saya buat, pekakkan telinga dan berdiam diri sahaja... Itu lebih baik.

“Lumrah dalam masyarakat Melayu, menjadi isteri kedua ini sering dipandang serong dan dianggap perampas. Mereka tidak pernah tahu apa yang kami lalui, malah orang luar tidak akan faham hati dan perasaan kami,” katanya.

Elak balas komen

Lebih selesa berdiam diri daripada mengeluark­an kenyataan balas kerana tidak mahu memperbesa­rkan isu terbabit, penyanyi berusia 27 tahun ini menasihati Izreen supaya bersabar dan tidak mengambil serius kritikan negatif netizen.

Menganggap gosip boleh dikawal jika tidak dilayan, Adira percaya, lama-kelamaan netizen berdiam diri dan tidak mengendahk­an isu itu.

“Bukan cara saya membalas komen netizen. Saya lebih suka berdiam diri. Memang saya turut terpalit dengan tajuk muka depan majalah itu, tetapi saya tidak kisah. Saya tahu masyarakat Malaysia begitu sensitif dalam hal ini,” katanya.

Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Red, 40, pada 2015. Mereka dikurniaka­n seorang cahaya mata diberi nama Anggerik yang berusia 11 bulan.

Harap tuah single baharu

Tidak kisah dipanggil apa sahaja, Adira menganggap cerita negatif ada kebaikanny­a. Sekian lama menyepi, Adira mahu ‘menjual’ kembali bakatnya dengan kemunculan single baharu, Sembunyi.

“Saya mahu fokus kepada kerjaya seni. Biarlah dengan mulut netizen kerana saya sudah melaluinya sejak dahulu. Selagi saya mendapat sokongan dan tidak ada isu membabitka­n nama keluarga, saya tidak perlu melenting,” katanya.

Menyentuh mengenai single ciptaan Alif Sleeq itu, Adira yang ditemui pada majlis pelancaran muzik video karaoke artis di bawah Rocketfuel Entertainm­ent di ibu negara, baru-baru ini berkata, lagu itu digubah mengikut aliran terkini.

“Sebelum saya membuat keputusan untuk menerima lagu ini, ada beberapa karya lain yang saya dapat. Tetapi, saya lebih tertarik dengan lirik dan melodi lagu ini yang memberi nafas baharu kepada saya,” katanya.

Lumrah dalam masyarakat Melayu, menjadi isteri kedua ini sering dipandang serong dan dianggap perampas. Mereka tidak pernah tahu apa yang kami lalui, malah orang luar tidak akan faham hati dan perasaan kami” Adira

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Adira bersama suami dan anaknya.
Adira bersama suami dan anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia