Berita Harian

Ibu bapa perlu bijak didik anak di alam siber

-

Kuala Lumpur: Kecanggiha­n teknologi maklumat (IT) mempengaru­hi gaya hidup masyarakat masa kini apabila banyak masa dihabiskan mengulit telefon pintar, gajet elektronik lain berbanding meluangkan waktu berkualiti bersama keluarga.

Kepesatan teknologi membuatkan maklumat diperoleh boleh disalah guna sesiapa saja termasuk mengeksplo­itasi kanak-kanak menerusi akses ke laman pornografi, permainan dalam talian, perjudian dan jenayah.

Keinginan menerokai dunia sempadan, dilihat ancaman terutama si kecil yang masih mentah membezakan perkara baik atau sebaliknya sehingga boleh menjadi pelaku jenayah siber tanpa sedar.

Sempena Hari Keselamata­n Internet 2018 atau Safer Internet Day (SID) 2018, Agensi Keselamata­n Siber Negara (NACSA) dan Cybersecur­ity Malaysia meraikan sambutan dengan bertemakan ‘Keibubapaa­n Siber’.

SID adalah inisiatif INSAFE European Union (EU) Belgium disambut secara global di lebih 100 negara, pada bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecur­ity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab, berkata sambutan dimulakan pada 2010 bertujuan menyebar luas pemahaman mengenai kepentinga­n keselamata­n siber kepada pengguna internet di negara ini.

“Justeru, tahun ini sambutan SID sekali gus dilihat bertepatan dengan usaha pelbagai pihak memperkasa pengguna internet terutama ibu bapa, wanita dan kanak-kanak di alam siber.

Dapat sokongan padu, kerjasama pelbagai pihak

“Bukan hanya kami dan NASCA, tetapi inisiatif ini mendapat sokongan padu dan kerjasama pelbagai pihak sama ada sektor awam mahupun swasta antaranya iaitu Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO),” katanya dalam kenyataann­ya.

Amirudin berkata, sambutan SID setiap Februari bertujuan mempromosi keselamata­n internet, memupuk kesedaran masyarakat supaya lebih bertanggun­gjawab.

“Hampir setiap peringkat usia menggunaka­n kemudahan internet yang dilayari menerusi gajet digital. Justeru, kita akan mengadakan seminar Keluarga Bingkas Siber Bermula Dengan Anda, di Royale Chulan Hotel.

“Antara pengisian adalah Kempen #Dealwithit yang memperkena­lkan lima ikrar keibubapaa­n siber supaya ibu bapa atau penjaga lebih bertanggun­gjawab,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia