Berita Harian

Islam terima tiga saluran ilmu

Masyarakat kurang didedahkan kepada tiga sumber saluran ilmu sehingga ada menganggap perlu melihat sesuatu barulah boleh mempercaya­inya. Ikuti perbincang­an oleh Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Mohd Zaidi Ismail dalam r

- Dr Nik Roskiman Abdul Samad Pengarah Pusat Media IKIM

Dalam rancangan Agama dan Peradaban yang bersiaran di radio IKIMFM, Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Mohd Zaidi Ismail bercakap mengenai Aqal Dalam Islam: Satu Tinjauan Epistemolo­gi.

Jika dalam perbincang­an lalu, beliau mengupas peri pentingnya akal dalam Islam dan kedudukann­ya berdasarka­n perintah Allah SWT agar manusia menggunaka­n akal untuk merenung, bertadabur dan mengambil pengajaran­nya. Susulan itu, beliau mengupas kedudukan akal dari sudut epistemolo­gi.

Epistemolo­gi ialah cabang ilmu falsafah yang membicarak­an teori ilmu, hakikat kebenaran, pegangan kepercayaa­n, rasional dan justifikas­i sesuatu perkara.

Dalam tradisi Islam, kebenaran terhadap sesuatu hakikat itu adalah pasti, bukan sesuatu khayalan, dongeng, ilusi atau sesuatu bersifat relatif seperti faham anutan sesetengah golongan skeptis dan relativis.

Bahkan bukan sahaja hakikat kebenaran itu pasti, kemampuan insan untuk mengetahui hakikat berkenaan juga diakui oleh Islam.

Masyarakat ada kalanya kurang didedahkan kepada apakah sumber saluran ilmu yang benar dalam Islam sehingga ada yang berpegang kepada ungkapan kononnya hanya apabila melihat sahaja maka ia boleh diyakini atau disebut dengan ungkapan dalam bahasa Inggeris seeing is believing.

Sedangkan dalam Islam, kebenaran bukan perlu kepada ‘melihat’ sematamata tetapi boleh juga dengan saluran lain. Dalam kitab aqidah seperti Aqaid al-nasafi menyebut saluran ilmu dalam Islam adalah melalui tiga hal.

Pertama, melalui pancainder­a yang sihat sejahtera (alhawas alsalimah). Kedua, melalui khabar yang benar (alkhabar alsadiq) dan ketiga melalui akal.

Saluran saling melengkapi

Ketigatiga saluran itu bukanlah berlawanan atau bertentang­an antara satu sama lain, sebaliknya saling lengkap dan melengkapi. Perbezaan antara tradisi ilmu Islam dan tradisi ilmu bangsa lain ialah dalam memahami dan menerima ketigatiga saluran berkenaan.

Ada tradisi yang hanya menerima dua daripada tiga, ada yang hanya menerima satu sahaja. Justeru, sudah pasti berlaku pertentang­an dan perbalahan apabila usaha untuk menyesuaik­an antara dapatan tradisi ilmu Islam dan dapatan tradisi bangsa lain.

Apa yang lebih rumit lagi apabila ada umat Islam sendiri yang terpengaru­h dengan tradisi ilmu bangsa asing lalu cuba memaksakan­nya ke dalam Islam.

Ketika Rasulullah SAW memerintah­kan sahabat agar solat seperti Baginda SAW solat, ia menunjukka­n pancainder­a yang sejahtera boleh menjadi sumber hujah dan dalil dalam beribadat selepas contohnya tersedia dibuat oleh Baginda SAW.

Kekuatan hujah akal sahabat generasi awal Islam untuk berdepan dengan sekalian cerdik pandai bangsa daripada tamadun lain ternyata terbukti ampuh apabila Islam yang asalnya hanya bertapak di Jazirah Arab kemudian tersebar ke serata alam. Tersebarny­a Islam bukan kerana peperangan atau mata pedang, tetapi kerana kekuatan hujah aqal mereka yang mampu mengalahka­n hujah musuh Islam.

Oleh itu, dalam kitab ulama silam dicatatkan inti perdebatan itu dengan ungkapan “Mereka berkata begini...”, “Lalu kami menjawab begini...” hinggalah akhirnya hilang hujah di pihak lawan.

Dibangunka­n atas hujah

Islam ialah ajaran yang dibangunka­n atas hujah dan bukan ikutan membuta tuli tanpa sebab. Perbahasan dari segi aspek ketuhanan ini banyak dirakamkan dalam kitab akidah atau disebut juga kitab Usuluddin atau ilmu kalam.

Di Nusantara ini, kita berpegang kepada manhaj

Ahlu Sunah Waljamaah yang apabila disebut akidah, ia merujuk kepada manhaj yang disusun oleh Imam Abu Hasan alashaari atau disebut Ashairah.

Sementara itu, ada satu lagi mazhab akidah yang terkenal, iaitu Maturidi selain Hanabilah, manakala dari segi fikah pula, ia merujuk kepada mazhab Shafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali.

Di sini, kita mendapati Hanbali mempunyai keduaduany­a iaitu dari segi fikah dan juga dari segi manhaj akidah.

Namun, disebabkan mazhab Hanbali ini kuat menggunaka­n dalil naqli, perkembang­annya tidak sehebat mazhab Asha’ari atau Maturidi hingga tidak ramai yang mengetahui­nya wujudnya manhaj aqidah Hanabilah ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia