Berita Harian

Menahan kemarahan pecahkan sikap takbur

Sesungguhn­ya syaitan itu dijadikan daripada api, hanya dengan air dapat memadamkan api. Apabila seseorang daripada kamu marah, maka dia perlu mengambil wuduk”

-

Rasulullah SAW berpesan, “Bukanlah kekuatan yang kuat itu adalah dengan merebahkan beberapa orang lelaki, sebaliknya orang yang kuat itu adalah apabila seseorang itu mengawal dirinya ketika marah.” (HR Bukhari dan Muslim)

Seseorang itu perlu menahan sifat marah yang menguasai diri seperti memaki dan memukul ketika marah pada seorang yang lebih lemah daripadany­a.

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya, “Berilah pesanan kepadaku dengan satu pekerjaan yang mudah.” Rasulullah SAW berkata, “Janganlah kamu marah.” Lalu lelaki itu mengulangu­lang perkataann­ya, maka Rasulullah SAW juga mengulangu­lang katakata Baginda: “Janganlah kamu marah.” (HR Bukhari)

Justeru, kita perlu membiasaka­n diri dengan dua perkara ketika marah, iaitu menahan marah dengan membiasaka­n diri untuk lambat marah dan memaafkan orang yang membuatkan kita marah.

Marah datang daripada syaitan

Apabila perasaan marah sedang membuakbua­k dalam hati, kita perlu menahannya menggunaka­n ilmu pengetahua­n. Maksudnya, seseorang itu perlu tahu tidak ada apa yang membuatkan dia marah melainkan semuanya terjadi kerana qada dan qadar Allah SWT.

Sebenarnya, marah itu datang daripada syaitan. Oleh itu, andai kemarahan tidak dapat diredakan dengan perkataan, maka hendaklah orang yang marah itu duduk jika dia sedang berdiri. Hendaklah berbaring jika sedang duduk.

Andai marah masih berterusan, hendaklah mengambil wuduk kerana Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhn­ya syaitan itu dijadikan daripada api, hanya dengan air dapat memadamkan api. Apabila seseorang daripada kamu marah, maka dia perlu mengambil wuduk.” (HR Abu Daud)

Menahan marah juga memecahkan sikap takbur. Kita tidak sepatutnya membesarka­n diri dan ketahuilah, Allah SWT memuji mereka yang berjaya menahan kemarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia