Berita Harian

Lapor jika anak alami simpton tidak sihat sebelum viral

-

Susulan penemuan susu formula berjenama tiruan pada hujung tahun lalu dan juga isu yang terbaru pada awal tahun ini, iaitu pengambila­n susu formula berjenama yang dikatakan mengakibat­kan bayi mengalami simptom muntah-muntah, cirit birit dan ruam.

Adakah benar kejadian susu formula tiruan ini sangat rendah seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak, jika dalam tempoh dua bulan sahaja, Malaysia kembali dikejutkan dengan penemuan susu formula yang memberi kesan yang mudarat kepada bayi?

Kejadian seperti ini secara tidak langsung, menyebabka­n keyakinan ibu bapa terhadap susu formula yang bersusun di rak pasar raya terhakis.

Ingin diingatkan kembali, 10 tahun yang lalu (2008), masyarakat dunia dikejutkan dengan penemuan susu formula yang mengandung­i melamine di China yang sekurang-kurangnya, enam bayi meninggal dunia dan lebih daripada 1,300 bayi (kebanyakan­nya bayi yang baru lahir) menderita kegagalan buah pinggang.

Pada 2004 pula, akibat pengambila­n susu formula tiruan, lebih kurang 12 bayi meninggal dunia dan lebih daripada 200 orang bayi menderita akibat kekurangan zat di China.

Ini jelas menunjukka­n ada pihak tidak bertanggun­gjawab yang ingin menjimatka­n kos bahan, malah lebih teruk sanggup meningkatk­an kandungan melamine ke dalam susu formula tiruan, untuk menghasilk­an protein buatan.

Hasil siasatan perlu telus

Kami khuatir jika ada pihak yang tertekan dengan masalah ekonomi, turut sanggup menghasilk­an susu formula tiruan dalam pasaran Malaysia.

Jika pihak berwajib tidak mengekang masalah seperti ini dari awal, negara kita juga tidak akan terlepas daripada skandal susu formula tiruan seperti yang berlaku di negara China.

Hasil siasatan isu seperti ini perlulah telus dan perlu dikongsika­n, agar rakyat Malaysia lebih teliti dan berwaspada dengan susu formula yang ada di pasaran.

Selain itu, pengawasan pasaran oleh pihak berkuasa mahupun pihak pengeluar, juga perlu diper- tingkatkan untuk mengekang masalah susu formula tiruan daripada terus berlaku.

Jangan biarkan anak kecil anda daripada terus menjadi mangsa skandal susu formula tiruan ini.

Lapor kepada pusat aduan

Jika ada kekeliruan dengan bungkusan susu formula atau anak alami simptom yang tidak sihat selepas ambil susu formula berkenaan, ibu bapa dinasihatk­an untuk melaporkan perkara berkenaan kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an atau Kementeria­n Kesihatan atau pihak pengeluar produk atau terus ke pusat aduan kami iaitu, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional, sebelum diviralkan di laman sosial.

Nur Asyikin Aminuddin, Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia (Standards Users)

 ??  ?? Keratan akhbar BH 13 Disember lalu.
Keratan akhbar BH 13 Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia