Berita Harian

Tambah tenaga pengajar, segera pindahkan pelajar Sekolah Seni

-

Pendidikan wajar menambah jurulatih atau tenaga pengajar, khususnya bagi pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSEMKL) yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun ini. Kementeria­n seolah-olah tidak memberi perhatian khusus kepada Bahagian Kokurikulu­m dan Kesenian.

Ibu bapa dimaklumka­n, tenaga pengajar atau dipanggil jurulatih (JU) terlatih dalam kalangan guru tidak mencukupi bagi bidang kesenian seperti seni tari, seni teater, seni visual dan seni muzik yang hanya mempunyai seorang atau dua jurulatih, termasuk ketua bidang.

JU ini terpaksa berkejaran untuk memikul tugas dan tanggung jawab hakiki, iaitu mengajar pelajar Tingkatan Dua hingga Lima.

Pastinya mustahil dengan bilangan tenaga pengajar yang terhad untuk menjamin kecemerlan­gan, terutama pelajar yang bakal menduduki SPM hujung tahun ini.

Selain melatih pelajar dalam bidang kesenian, JU juga diperlukan bagi membentuk kumpulan tarian, teater, drama, orkestra, kombo dan pameran seni visual.

Ini tugas yang sukar memandangk­an JU kadangkala menjalanka­n tugas dan tanggung jawab, termasuk pada waktu malam atau hujung minggu.

Aduan PIBG

Saya dimaklumka­n rungutan kekurangan JU sudah dipanjangk­an ke Bahagian Kokurikulu­m dan Kesenian melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), namun bahagian itu tidak melihat isu secara serius sebagai satu keperluan mendesak.

Sehubungan itu, kami mohon jasa dan pertimbang­an segera Kementeria­n Pendidikan terhadap isu ini, supaya pembanguna­n generasi muda di SSEMKL tidak terabai selaras dengan hasrat mewujudkan sekolah seni.

Selain itu, ruang terhad turut membataska­n pelajar bergerak aktif dalam pelbagai bidang kesenian.

SSEMKL mendapat rungutan daripada pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam di Bukit Jelutung memandangk­an SSEMKL menumpang di situ sejak 2014.

SSEMKL seolah-olah mengganggu mereka, termasuk penggunaan kemudahan di sekolah itu yang menyukarka­n SSEMKL untuk bergerak aktif. Pelajar SSEMKL menjadi mangsa keadaan dan boleh menjurus kepada kegagalan membentuk pelajar berkualiti.

Pelajar bertambah, ruang terhad

Mungkin pada peringkat awal kewujudan SSEMKL pada 2014 isu itu kurang dialami kerana hanya membabitka­n pengambila­n pelajar Tingkatan Satu.

Bagaimanap­un, saban tahun pelajar bertambah dan ini menuntut ruang kelas atau studio kesenian dan penempatan asrama.

Di sini, saya memohon Kementeria­n Pendidikan menyegerak­an pemindahan pelajar ke sekolah yang diubah suai di Pudu yang difahamkan sudah sedia digunakan.

Tentunya dengan bangunan sendiri, ia mampu menjamin keberkesan­an pendidikan dan pelajar untuk lebih berjaya.

Penjaga SSEMKL, Klang

 ??  ?? Persembaha­n pelajar sekolah seni.
Persembaha­n pelajar sekolah seni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia