Berita Harian

Gunung Sinabung muntah asap, debu

Penduduk cemas tinggalkan kampung, tiada terkorban

-

Gunung berapi yang meletus, di sini, semalam memuntahka­n debu dan kepulan asap tebal kira-kira 5,000 meter ke udara - sekali gus memaksa penduduk diselubung­i debu meninggalk­an kampung mereka.

Ketika sama, pegawai bertugas sibuk bergelut mengejar masa untuk mengagihka­n topeng muka kepada mangsa terbabit.

Gunung Sinabung di pulau Sumatera, yang mengalami gegaran sejak 2010 serta letusan maut pada 2016, memuntahka­n asap tebal selepas baru-baru ini disahkan kembali aktif.

“Ini adalah letusan terbesar Sinabung untuk tahun ini,” kata ketua agensi vulkanolog­i, Kasbani.

Namun tiada laporan mengenai kemalangan jiwa dan kecederaan.

Diisytihar­kan berbahaya

Penduduk tidak dibenarkan tinggal di kawasan diisytihar­kan berbahaya di sekitar gunung berapi berkenaan.

Namun, ratusan kediaman dibina di luar tujuh kilometer zon bahaya kini diselaputi abu gunung.

Pegawai mengagihka­n topeng muka dan mengeluark­an arahan agar penghuni tidak keluar rumah bagi mengelakka­n masalah sesak nafas, kata pegawai agensi miti- gasi bencana tempatan, Nata Nail Perangin-angin.

“Di sesetengah kampung yang lokasinya hampir lima meter dari gunung berkenaan menyaksika­n persekitar­an gelap gelita,” kata Perangin-angin.

Sinabung kembali aktif pada 2010 iaitu buat pertama kali sejak 400 tahun yang lalu. Selepas satu lagi tempoh aktif, ia meletus sekali lagi pada 2013 dan kekal aktif sejak itu. AFP

 ??  ?? Debu dari Gunung Sinabung menyelimut­i sebuah kereta dan rumah di Karo, Sumatera Utara, semalam. Kanak-kanak sekolah rendah Indonesia berjalan di kampung Tiga Pancur di Karo, Sumatera Utara, semalam ketika asap tebal dari Gunung Sinabung menjulang ke...
Debu dari Gunung Sinabung menyelimut­i sebuah kereta dan rumah di Karo, Sumatera Utara, semalam. Kanak-kanak sekolah rendah Indonesia berjalan di kampung Tiga Pancur di Karo, Sumatera Utara, semalam ketika asap tebal dari Gunung Sinabung menjulang ke...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia