Berita Harian

Indonesia sekat 70,000 laman web ‘negatif’

-

Jakarta: Indonesia menyekat lebih 70,000 laman web dengan kandungan ‘negatif’ seperti berunsur lucah atau ideologi pelampau pada bulan pertama penggunaan sistem baru yang diwujudkan untuk menyingkir­kan bahan berbahaya dari Internet, kata menteri komunikasi­nya kepada Reuters.

Negara dengan paling ramai penduduk Islam dunia itu meningkatk­an usaha mengawal kandungan dalam talian selepas peningkata­n berita palsu dan berunsur hasutan, dalam pada itu tekanan ditingkatk­an untuk mewujudkan undangunda­ng antipornog­rafi kontrovers­i.

Satu sistem dikenali ‘sistem rangkak’ dibangunka­n Telekomuni­kasi Indonesia Tbk (Telkom) pada Januari lalu, menggunaka­n 44 pelayan untuk membuat carian kandungan Internet dan mengeluark­an amaran jika bahan tidak wajar ditemui.

Kata kunci

Menteri Komunikasi dan Maklumat, Rudiantara berkata: “Kami memasukkan kata kunci di situ, kebanyakan­nya berunsur porno.

Selepas 2017 kami menyekat hampir 800,000 laman web dengan lebih 90 peratus daripadany­a berunsur porno.” Menurut maklumat kementeria­n, sistem yang membabitka­n belanja kira-kira AS$15 juta (RM58 juta) itu menyekat 72,407 laman porno pada Januari.

Kementeria­n itu turut bertindak membuang bahan daripada platform media sosial jika ada aduan awam.

Tahun lalu, Indonesia mengancam menyekat Whatsapp Messenger yang digunakan meluas di negara itu melainkan imej Graphics Interchang­e Format (GIF) lucah disediakan pihak ketiga dibuang.

Salah faham berlaku

Pihak berkuasa turut menyekat akses kepada beberapa saluran di perkhidmat­an sembang Telegram tahun lalu kerana mempunyai beberapa forum ‘dipenuhi propaganda radikal dan keganasan.’

Rudiantara berkata, hubungan dengan syarikat media sosial dan gergasi teknologi semakin baik dan mengakui ada kalanya salah faham berlaku berhubung perbezaan pendapat, contohnya mengenai apa menjadikan sesuatu bahan lucah.

“Mungkin ia sekadar seni di negara lain, namun bagi kami di Indonesia ia lucah,” katanya.

Beliau menambah, sembilan syarikat teknologi termasuk Google dan Facebook baru-baru ini berjanji membantu pihak berkuasa menangani berita palsu dan ucapan kebencian ketika pilihan raya akan datang.

REUTERS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia