Berita Harian

14 parti politik, anak Suharto bakal tanding

-

Jakarta: Suruhanjay­a Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengumumka­n sejumlah 14 parti politik bakal bertanding dalam pilihan raya perundanga­n dan presiden pada 2019 yang turut menyaksika­n kemunculan empat pesaing baharu.

Sejumlah 14 parti yang mengambil bahagian disahkan lulus proses saringan suruhanjay­a, namun dua lagi iaitu Parti Bulan Sabit dan Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia (PKPI) gagal memenuhi syarat minimum 75 peratus perwakilan di beberapa wilayah sekali gus perlu melupakan hasrat untuk bertanding.

Pilihan raya umum akan datang menjadi detik penting bagi empat pesaing baharu membabitka­n Parti Gerakan Indonesia (Garuda), Parti Bersatu Indonesia (Perindo), Parti Berkarya dan Parti Perpaduan Indonesia (PSI) yang membuat penampilan sulung mereka menjelang tarikh berkenaan.

Ahli bekas anggota Golkar

Parti Buruh (Berkarya) yang ditubuhkan pada 2016 diilhamkan anak mantan Presiden Suharto, Tommy Suharto

dengan kebanyakan ahlinya adalah bekas anggota parti Golkar.

Terdahulu, Golkar pernah dipimpin bekas presiden berkenaan dan menjadi parti politik kedua terbesar di Indonesia. Ia turut dianggotai Presiden Joko Widodo yang kini menyandang tampuk pentadbira­n.

Ia sekali gus menyaksika­n buat pertama kali, salah seorang anak presiden Suharto menubuhkan parti politik sebelum mengambil keputusan bertanding sebagai calon. AGENSI

(gambar)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia