Berita Harian

Winfrey takut bayang sendiri: Trump

-

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyindir mogul media, Oprah Winfrey menerusi status Twitter yang ditulisnya, pada malam kelmarin berhubung satu segmen terbitan stesen televisyen CBS, 60 Minutes.

Malah, Trump secara sinis berharap dapat bertanding merebut jawatan presiden dengan pengacara popular itu menjelang pilihan raya 2020 nanti.

Aktres dan pengacara televisyen, Oprah kini adalah penyumbang kepada program terbitan CBS itu yang memimpin satu panel pemilihan 14 anggota dari Republikan, Demokrat dan Independen­t dari Grand Rapids, Michingan yang membincang­kan secara meluas tahun pertama pentadbira­n Trump.

Kenyataan Trump menerusi Twitternya adalah: “Hanya memerhati Oprah Winfrey yang takut dengan bayang-bayang sendiri, yang sangat saya kenali menemurama­h barisan panel dalam 60 Minutes.

Menyimpang daripada fakta

“Soalan yang dilontarka­n berat sebelah dan menyimpang daripada fakta. Harap Oprah menarik diri supaya dia tidak menerima nasib seperti yang lain iaitu didedahkan dan dikalahkan!”

Oprah membuat pendedahan kepada pelbagai cabang media, termasuk Entertainm­ent Weekly bahawa beliau tidak akan bertanding untuk jawatan presiden meskipun pernah berhasrat melakukann­ya.

Ahli panel dalam kalangan pengundi Trump berkata: “Kami semakin menyayangi presiden dari hari ke sehari,” namun sebilangan lain yang mempertika­ikan kestabilan Trump, membantah, “Trump hanya tahu membuli orang.”

REUTERS

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia