Berita Harian

Bukan salah Kane Spurs seri

Pochettino nafi penyerang England punca Tottenham gagal atasi Rochdale

-

Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino tampak enggan memikirkan bebanan tambahan yang terpaksa dipikul skuad kendaliann­ya selepas mereka diikat 2-2 oleh kelab kerdil, Rochdale pada aksi Piala FA, pagi semalam.

Keputusan pusingan lima itu menyaksika­n Spurs perlu mengharung­i perlawanan ulangan di Wembley sekali gus menambah kepadatan jadual kerana mereka turut beraksi di kancah Liga Juara-juara.

Selain itu, Spurs turut sibuk memburu tempat empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Piala FA seperti magis,” kata Pochettino yang sebelum ini diakui kurang menggemari saingan Piala FA. “Kami mempunyai satu lagi peluang di Wembley, situasi sama seperti sebelum ini.”

Pengurus kelahiran Argentina itu juga tidak percaya keputusann­ya meninggalk­an penyerang prolifik, Harry Kane di bangku simpanan sebagai punca juara lapan kali Piala FA gagal meraih kemenangan.

Saya tenang

“Tidak, saya agak tenang di bangku simpanan kerana saya mengetahui dengan amat baik apa yang berlaku jika kamu percaya perlawanan ini sudah berakhir.

“Ia berlaku. Kami melepaskan dua peluang terbaik, satu daripadany­a adalah hampir dan satu daripada sepatutnya gol.”

Pochettino juga mengucapka­n tahniah kepada Rochdale dengan berkata, peningkata­n prestasi yang ditampilka­n kelab Liga Satu Inggeris itu tidak mengejutka­nnya.

“Saya tidak terkejut. Kejohanan ini jelas sesuatu yang amat berbeza. Newport (pusingan empat) memberikan kami perlawanan yang amat menarik dan mereka kemudian tewas pada perlawanan berikutnya dalam liga mereka 0-5.

“Motivasi sentiasa besar. Bukan mudah untuk bermain dalam perlawanan seperti ini. Sudah tentu kamu mahu menang tetapi kami mempunyai kemungkina­n untuk menang (perlawanan ulangan).”

 ??  ?? Kane menjaringk­an gol ketika Spurs diikat kelab kerdil, Rochdale pada aksi Piala FA, pagi semalam.
Kane menjaringk­an gol ketika Spurs diikat kelab kerdil, Rochdale pada aksi Piala FA, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia