Berita Harian

Napoli pintas Juventus dengan kelebihan tipis

-

Milan: Napoli kembali merampas tangga teratas Serie A daripada Juventus dengan kemenangan 1-0 ke atas SPAL, awal pagi semalma ketika juara Itali itu mendaki ke puncak beberapa jam lebih awal selepas menang aksi tetangga Turin.

Kedua-dua pencabar kejuaraan Serie A itu bertekad untuk bangkit susulan kekecewaan di pentas Eropah dengan masing-masing meraih kemenangan kesembilan berturut-turut dalam aksi liga.

Napoli - yang dikejutkan dengan kekalahan 1-3 di laman sendiri kepada RB Leipzig dalam kempen Liga Europa - kekal di tangga teratas dengan kelebihan satu mata di depan Juventus.

Juventus pula yang diikat seri 2-2 di laman sendiri oleh kelab Inggeris, Tottenham dalam kempen Liga Juara-juara meneruskan dominasi mereka dengan memenangi aksi tetangga melawan Torino 1-0.

Tindak balas

“Saya menjangkak­an tindak balas selepas Liga Europa,” kata pengurus Napoli, Maurizio Sarri tetapi menambah skuad kendaliann­ya patut menjaringk­an lebih gol.

“Kami menjadi amat malas. Reaksi kami ketika 10 minit sebelum perlawanan berakhir seperti kami sedang mendahului 3-0, bukan 1-0.”

Kedua-dua kelab menjaringk­an gol menerusi pemain dari Brazil dengan Alex Sandro meledak gol buat Juventus pada minit ke-33 dengan jaringan Napoli disumbatka­n Allan seawal minit keenam.

Napoli kini mengumpul 66 mata daripada 25 perlawanan dengan Juventus mengutip 65 mata.

Juventus begitupun dipalit masalah kecederaan yang menyaksika­n beberapa tonggak seperti Mario Mandzukic, Blaise Matuidi dan Juan Cuadrado terpaksa diketepika­n tetapi kehadiran semula Paulo Dybala sedikit melegakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia