Berita Harian

Bayern tagih magis Heynckes

Gergasi Jerman buru kemenangan ke-24 menjelang aksi Liga Juara-juara temu Besiktas

-

Bayern Munich yang menanti Besiktas di peringkat 16 terakhir Liga Juara-juara, esok berharap deretan 13 kemenangan berturuttu­rut di bawah kendalian Jupp Heynckes, arkitek yang menjulang gergasi Jerman itu kejuaraan ‘treble’ pada 2013 berterusan.

Sejak Heynckes menggantik­an Carlo Ancelotti selaku ketua jurulatih pada Oktober, Bayern menang 22 daripada 23 perlawanan menuju pertembung­an timbal balik pertama di Allianz Arena.

Sebelum dibimbing Heynckes, 72, yang kembali buat kali keempat sebagai pengurus di Allianz, Bayern ketinggala­n lima mata di belakang pendahulu, Borussia Dortmund selain dimalukan Paris Saint-germain (PSG) 3-0 pada hari terakhir Ancelotti.

Pelantikan­nya selaku bekas pengurus yang pernah menghadiah­kan kelab itu tiga gelaran Liga Juara-juara, Bundesliga dan Piala Jerman, lima tahun lalu jelas satu perjudian buat Bayern tetapi tampak berbaloi.

Sesi latihan dan disiplin di bawah Heynckes jelas lebih getir buat pemain dengan sesi latihan dimulakan sejak awal pagi.

Thomas Mueller, pemain tidak diberikan posisi terbaik ketika era Ancelotti kembali ditugaskan di belakang penyerang, Robert Lewandowsk­i berbanding di bahagian sayap, sebelum ini.

Javi Martinez juga diberi peranan berbeza dan perubahan pantas dapat dilihat dengan Bayern kembali ke landasan kemenangan dan hanya kalah 1-2 bertemu Borussia Moenchengl­adbach, November lalu.

Tidak akan mengalah

Mereka mara ke separuh akhir Piala Jerman dengan cara yang sukar dengan kemenangan ke atas RB Leipzig dan Dortmund di pusingan awal dan pada Disember, mereka menewaskan PSG 31 di Munich untuk menamatkan saingan di tangga kedua.

Kelab gergasi Bavarian itu juga mengukuhka­n kedudukan di puncak Bundesliga termasuk kemenangan 2-1 di Wolfsburg, Sabtu untuk memiliki kelebihan besar 19 mata berbanding pasukan tangga kedua.

“Pasukan ini tidak akan mengalah, dalam apa juga kejohanan,” kata Heynckes yang sebelum ini bertegas mahu mengendali­kan Bayern musim ini sebelum bersara.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia