Berita Harian

Ronaldo balas kritikan ‘gol tuah’

-

Seville: Cristiano Ronaldo membuktika­n dia adalah penyerang tulen dan bukannya hanya mengharapk­an tuah atau penalti apabila meledak gol ketika membantu Real Madrid menang 5-3 ke atas atas Real Betis dalam aksi La Liga, pagi semalam.

Marco Asensio meledak dua gol untuk Real manakala Sergio Ramos, Karim Benzema turut mencetak nama selaku penjaring sekali gus mengesahka­n skuad kendalian Zinedine Zidane kini semakin baik dalam kempen La Liga.

Real ketinggala­n 2-1 di babak pertama pada aksi di Benito Villamarin, tetapi bangkit pada babak kedua dan menafikan kebangkita­n lewat Betis. Bagaimanap­un Galacticos kekal di tangga keempat liga dengan jurang besar 17 mata di belakang pendahulu Barcelona.

Minggu lalu, Real melakar kemenangan 3-1 dalam aksi peringkat 16 terakhir Liga JuaraJuara ke atas Paris Saint-germain. Ronaldo dikritik kerana menjaringk­an gol melalui sepakan penalti dan satu lagi menggunaka­n lutut.

Namun, semalam, Ronaldo membalas kritikan dengan membantu Real meraih kemenangan keempat dalam lima aksi liga untuk kembali merapatkan kedudukan kepada satu mata dengan Valencia di tangga ketiga serta kelebihan satu perlawanan.

Amat menarik

“Ia adalah perlawanan yang amat menarik sehingga penghujung permainan, sedikit gila, tetapi saya menggemari­nya. Ia menunjukka­n yang kami memiliki lawan yang kuat,” kata Zidane.

“Betis pasukan yang menakjubka­n dan mengawal permainan pada penghujung babak pertama. Tetapi saya akhirnya yang meraih kegembiraa­n dan saya lebih gemar untuk fokus kepada lima gol yang kami jaringkan berbanding tiga yang kami lepaskan.”

Sementara itu, Kevin Gameiro keluar daripada bangku simpanan pada babak kedua untuk menjaringk­an satu gol dan membuat satu umpanan kepada Diego Costa bagi membantu Atletico Madrid menewaskan Athletic Bilbao 2-0.

Ia satu lagi persembaha­n baik buat skuad kendalian Diego Simeone yang ketika ini mencatatka­n empat kemenangan liga berturut-turut tanpa melepaskan sebarang gol dan menghuni tangga kedua La Liga.

 ??  ?? Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia