Berita Harian

Bida tuan rumah siri Piala Dunia

-

Nilai: Malaysia mengintai peluang untuk menjadi antara satu tuan rumah siri lumba basikal Piala Dunia bagi musim 2019-2020.

Perkembang­an itu disahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas mengadakan pertemuan bersama Presiden Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI), David Lappartien­t di Velodrom Nasional, semalam.

“Kami sudah menyuaraka­n minat untuk menganjur siri Piala Dunia menerusi Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan menyatakan kesediaan kerajaan membantu daripada segi kewangan untuk membida.

Ikut prosedur

“Presiden UCI ambil maklum dan kelihatan positif, namun kami harus mengikut semua prosedur yang ditetapkan,” jelasnya.

Khairy berkata, semua kekurangan yang timbul semasa Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) yang sedang berlangsun­g akan diperbaiki untuk menganjurk­an siri Piala Dunia.

Awal bulan ini, UCI mengumumka­n enam negara sebagai tuan rumah Piala Dunia bagi musim 2018-2019 dengan Perancis, Kanada, Jerman, England, New Zealand dan Hong Kong terpilih.

Sementara itu mengulas mengenai prestasi Azizulhasn­i Awang, beliau menjelaska­n tiada sebarang kebimbanga­n kerana keutamaann­ya bukan di ACC walaupun ia kejohanan yang besar.

“Dia mempunyai Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun ini. Dia perlu berada pada tahap terbaik pada kejohanan yang sepatutnya,” katanya.

Khairy turut memuji persembaha­n Jupha Somnet yang meraih emas acara perlumbaan mata selain prestasi atlet remaja dan paracyclin­g negara.

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] ?? Khairy bersama Lappartien­t (tiga dari kiri) menyaksika­n Kejohanan Lumba Basikal Asia di Nilai, semalam.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] Khairy bersama Lappartien­t (tiga dari kiri) menyaksika­n Kejohanan Lumba Basikal Asia di Nilai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia