Berita Harian

Van Huizen tutup pintu

- Oleh Jugjet Singh

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen menutup pintu buat bekas pemain ketika beliau lebih berminat untuk terus meletakkan kepercayaa­n ke atas pemain sedia ada, termasuk empat pemain percubaan bagi menghadapi kalendar hoki yang sibuk tahun ini.

Van Huizen berasakan tempoh sebulan Liga Hoki Malaysia (LHM) tidak cukup untuk menilai potensi sebenar pemain, dengan mereka hanya menampilka­n persembaha­n cemerlang untuk tempoh singkat.

“Ya, saya sedar kami akan mengharung­i kempen yang sibuk, dengan banyak kejohanan dan perlawanan persahabat­an sudah diatur, tapi saya kekal dengan barisan pemain sedia ada.

“Saya percaya 24 pemain ini adalah yang terbaik dan saya juga mempunyai empat lagi pemain muda (percubaan) yang boleh dinaikkan pangkat bila perlu.

“Malah selepas dua aksi persahabat­an menentang Argentina, saya mungkin menamakan satu atau dua pemain muda untuk menggantik­an beberapa tempat pemain senior yang cedera.

Tidak panik

“Tapi tidak perlu untuk saya menekan butang panik dengan memanggil bekas pemain kebangsaan,” kata Van Huizen, ketika sidang media menjelang aksi Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh dari 3 hingga 10 Mac ini.

Kali ini, Malaysia akan berdepan saingan juara dunia Australia, pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Argentina, juara Asia, India, England dan Ireland pada Piala Sultan Azlan Shah.

Dua minggu kemudian, mereka akan berlepas ke Gold Coast untuk menyertai Sukan Komanwel (4-15 April) diikuti Sukan Asia (18 Ogos-2 September), Trofi Juara-juara Asia (18-28 Oktober) sebelum ke Piala Dunia (28 November-16 Disember).

Empat pemain percubaan yang ketika ini sedang mengikuti latihan kem negara adalah Najib Abu Hassan (TNB), Luqman Nul Hakim (THT), Sufi Ismat (THT) dan Ashran Hamsani (UNIKL).

 ??  ??
 ??  ?? Van Huizen (kanan) percaya kemampuan pemain hadapi cabaran bagi menghadapi kalendar hoki yang sibuk tahun ini.
Van Huizen (kanan) percaya kemampuan pemain hadapi cabaran bagi menghadapi kalendar hoki yang sibuk tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia