Berita Harian

Ujian doping untuk Piala Presiden, Belia

- Oleh Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Pengurus skuad Piala Presiden Selangor, Datuk Ariffin Abdul Hamid yakin cadangan untuk melakukan ujian doping ke atas pemain muda adalah langkah terbaik dalam mendidik pemain supaya lebih berdisipli­n di peringkat awal.

Katanya, pemain yang beraksi dalam saingan Piala Presiden dan Piala Belia perlu didedahkan dengan ujian doping supaya tidak terjebak dengan penggunaan bahan terlarang.

“Kalau kita nak didik pemain, lebih baik bermula di peringkat awal. Pemain muda ini, masih senang dibentuk, dilentur. Kalau ada ujian doping, pemain akan lebih berhati-hati.

“Bila mereka sudah terdedah dengan ujian ini sepanjang musim, ini bermakna mereka tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan.

“Kita tak mahu ada pemain muda yang ada menggunaka­n secara sengaja dan tak sengaja bahan terlarang, terlepas beraksi di peringkat antarabang­sa,” kata Ariffin ketika dihubungi, semalam.

Digantung 60 hari

Kes doping kembali menyelubun­gi arena bola sepak tanah air apabila penjaga gol skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Ahmad Syihan Hazmi didapati positif ujian doping sampel A di Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Changshu, China bulan lalu.

Syihan, 22, mengakui ada mengambil bahan makanan tambahan berbentuk protein yang mungkin menjadi penyebab dia disahkan mengambil bahan terlarang, metabolite methandien­one pada ujian pertama itu.

Pemain Negeri Sembilan itu kini digantung 60 hari daripada sebarang aktiviti bola sepak sementara menunggu keputusan ujian sampel B.

Ketika ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hanya melakukan ujian doping secara rawak ke atas pemain Liga Super dan Liga Perdana serta perlawanan penting Piala FA dan Piala Malaysia.

Jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee mencadangk­an agar ujian doping turut dilakukan ke atas pemain B-21 dan B-19 yang beraksi dalam Piala Presiden dan Piala Belia.

 ??  ?? Ahmad Syihan Hazmi
Ahmad Syihan Hazmi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia