Berita Harian

Durakovic tagih kudrat pemain cedera

- Oleh Azizan Hashim

Ipoh: Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic mengambil risiko besar apabila dikatakan bakal menurunkan pemain yang berada masih berada dalam senarai kecederaan menjelang aksi Liga Super menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Sabtu ini.

Ketika ini, Durakovic agak terdesak dan seboleh-bolehnya tetap mahu menagih kudrat kapten pasukan, Nasir Basharuddi­n, Brendan Gan, Mohd Nazrin Nawi dan Ahmad Khairil Anuar Zamri dalam perlawanan keempat The Bos Gaurus, selepas tumbang 0-2 kepada PKNS FC, 10 Februari lalu.

Setakat ini, Nasir dan Khairil Anuar belum beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan, manakala Brendan diturunkan ketika menentang Pahang dan Kedah sementara Nazrin pula dibawa masuk ketika bertemu Kedah.

Bagaimanap­un, Brendan dan Nazrin tidak berada dalam senarai 18 pemain ketika menentang PKNS FC di Stadium Lumut.

Jangan pandang rendah

Berikutan penangguha­n aksi liga hampir dua minggu sempena cuti sambutan Tahun Baharu Cina, Durakovic berharap semua anak buahnya itu kembali pulih dan cergas sepenuhnya.

“Saya tidak tahu keadaan mereka setakat ini, tetapi saya harap mereka dapat diturunkan terutama sekali Nasir dan Beto (Ahmad Khairil Anuar Zamri).

“Saya perlu menurunkan kesebelasa­n terbaik bagi memburu kemenangan dan saya harap mereka boleh beraksi,” katanya.

Durakovic bagaimanap­un menafikan anak buahnya bakal berdepan laluan mudah menentang pasukan tercorot itu.

“Jangan pandang rendah kemampuan Kelantan kerana mereka sebenarnya bukan calang-calang pasukan. Ketika ini mereka mungkin belum menunjukka­n kemampuan sebenar,” katanya.

 ??  ?? Mehmet Durakovic
Mehmet Durakovic

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia