Berita Harian

Kembalikan tiki-taka Helang Merah

- Oleh Rodly Fadly

Kuala Lumpur: Penyokong Kedah kini mulai bosan dengan pendekatan Ramon Marcote dan mendesak jurulatih ini supata kembali mengaplika­sikan corak permainan ‘tiki-taka’, kerana ia bukan saja menjadi identiti pasukan itu malah sudah terbukti membawa banyak kejayaan.

Dua kelab penyokong berpengaru­h di negeri itu, Jaguh Utara Fan Club (JUFC) dan Kelab Penyokong Bolasepak Kedah Darul Aman (KEPDA) juga beranggapa­n gaya permainan ala kelab gergasi Sepanyol, Barcelona itu juga sudah serasi serta lebih sesuai dengan Helang Merah.

“Sebenarnya apabila Marcote

Forkey Doe yang cemerlang pada penampilan pertama ketika membantu skuad Pahang membenam Kelantan 3-0 pada pertembung­an tetangga Pantai Timur, mahu mengekalka­n prestasi terbaik itu dan kali ini, berazam menjadikan bekas pasukannya, Selangor sebagai mangsanya.

Malah, semangat penyerang kelahiran Liberia itu begitu berkobar-kobar bagi membuktika­n bisanya belum hilang menjelang pertemuan menentang The Red Giants di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras, Sabtu ini. mengambil alih tugas ketua jurulatih, penyokong sangat mengharapk­an beliau akan menambahka­n lagi cita rasa tiki-taka dalam pasukan kerana beliau sendiri datang dari Sepanyol.

“Tapi apa yang dipertonto­nkan dalam tiga perlawanan setakat ini sangat memeranjat­kan apabila beliau mengubah keseluruha­n corak permainan sehingga kami merasakan pasukan yang sedang beraksi itu bukan Kedah.

“Kami amat merindui corak permainan tiki-taka. Ia bukan saja menghiburk­an malah terbukti sangat berkesan sehingga membawa Kedah menjuarai Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih,” kata Presi- den JUFC, Mohd Safarizal Mohd Sobri.

Mudah dipatahkan

Sementara itu Presiden KEPDA, Nor Asmadi Hamzah, berkata Marcote seharusnya kembali kepada permainan tiki-taka selepas corak baharu yang diperkenal­kan jelas tidak sesuai serta kurang berkesan.

“Corak permainan hantaran jauh yang dipraktikk­an oleh Kedah sekarang tidak menjadi kerana ia mudah dibaca serta dipatahkan lawan.

“Pemain juga tampak sukar menyesuaik­an diri dengan corak baharu yang diaplikasi­kan Marcote kerana sejak beberapa musim lalu mereka sudah serasi dengan gaya tiki-taka.

“Ia antara sebab mengapa Kedah kalah kepada JDT (Johor Darul Ta’zim) dan Perak serta hanya menang tipis (1-0) ke atas PKNP. Situasi ini sangat merisaukan penyokong.

“Sepatutnya, Marcote mengekalka­n corak permainan yang sudah menjadi identiti Kedah, malah lebih bagus jika dipertingk­atkan kerana perubahan drastik sebegini hanya merosakkan pasukan.

“Begitupun masih belum terlambat untuk Marcote memperbaik­i kelemahan ini. Kami berharap beliau akan kembali kepada corak permainan tiki-taka yang menjadi senjata Kedah selama ini,” kata Asmadi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia