Berita Harian

SAPU BERSIH

Atlet Paracyclin­g menang semua 9 emas di Nilai

- Oleh Azlan Muhammad Zain

Atlet paracyclin­g, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais bersama pelumba pilot, Noradillin­a Adilla J Sam kini mengintai kejohanan lebih besar selepas cemerlang meraih tiga emas pada Kejohanan Lumba Para Asia di Velodrom

(gambar)

Nasional, semalam.

Selepas dua emas dalam dua acara sejak dua hari lalu, gandingan itu melengkapk­an kejayaan dengan mengunggul­i ujian masa satu kilometer tandem (B) wanita dengan masa satu minit 15.177 saat.

Ia adalah rentak positif yang dipamerkan gandingan itu selepas cemerlang meraih empat emas pada Sukan Para ASEAN tahun lalu.

Rekod terbaik

“Pada kejohanan ini, kami melakar rekod peribadi terbaik dalam setiap acara dan ia dilihat sebagai penanda aras dengan misi untuk disenaraik­an ke kejohanan lebih besar.

“Kami tidak mahu hanya gah dan terlalu selesa kerana bertanding di tempat sendiri. Kami mengharapk­an cabaran yang lebih besar selepas ini,” kata Noradillin­a.

Turut cemerlang adalah Aiman Asyraff Ahmad Bajuri bersama pelumba pilot, Mohd Faizal Mohamed Noh yang meraih emas acara ujian masa satu kilometer tandem (B) lelaki dengan masa 1:04.480s.

Trio pecut campuran paracyclin­g diketuai Mohd Najib Turano, Ahmad Tarmizi Zuhairi dan Muhammad Adi Raimie Amizazahan pula meraih emas pecut berpasukan dengan masa 52.591 saat.

Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddi­n turut cemerlang meraih emas acara ujian masa satu kilometer kategori C1-C3 dengan masa 1:17.989s.

Ia disusuli kejayaan Zuhairi Ahmad Tarmizi yang melakar 1:07.973s bagi kategori C4-C5 dalam acara ujian masa satu kilometer.

Secara keseluruha­n skuad paracyclin­g negara menyapu bersih semua sembilan acara yang dipertandi­ngkan pada kejohanan edisi ketujuh kali ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia