Berita Harian

Kalah dapat RM300,000

Bekas pemain badminton kebangsaan yang juga bekas pemain nombor satu dunia mendedahka­n ganjaran untuk kalah perlawanan terlalu lumayan untuk ditolak sekaligus menjurus kepada gejala mengatur keputusan. Bahkan, ada pemain yang meminta rakan sepasukan untuk

- Oleh Fabian Peter

Seorang bekas pemain badminton kebangsaan mengakui gejala mengatur perlawanan bukan sesuatu yang baharu apabila mendedahka­n ada pemain menerima bayaran lumayan untuk kalah pada pusingan awal.

Berdasarka­n pengalaman­nya, bekas pemain yang pernah menjadi pemain nombor satu dunia itu mendakwa ada pemain yang mendapat habuan bookie sehingga S$100,000 (RM300,000) pada 2006-2007.

“Ini bukan sesuatu yang baharu. Mungkin, apa yang baharu adalah penggunaan teknologi yang sukar untuk mengesan urusan mengatur perlawanan antara bookie atau pemain.

“Apa yang kita saksikan atau dengar sekarang hanyalah sebahagian kecil daripada masalah sebenar. Saya sendiri terkejut apabila mengetahui perkara seperti ini lebih 10 tahun dulu.

“Saya pernah menyertai satu kejohanan di Eropah dan saya berjaya mara ke suku akhir. Biasanya, kita bersarapan di kafe hotel dan di tepi sudut itu ada komputer.

“Saya menggunaka­n komputer itu melihat undian dan apa yang mengejutka­n saya apabila ada laman web pertaruhan yang sah. Lebih mengejutka­n apabila nama saya juga ada di laman web berkenaan.

Pertaruhan agak mudah

“Proses untuk membuat pertaruhan agak mudah, anda hanya perlu memilih siapa yang anda rasa akan menang. Sudah pasti saya tak boleh bertaruh ke atas diri saya sendiri.

“Tetapi saya tahu ada pemain yang meminta kawannya untuk membuat pertaruhan ke atas dirinya untuk kalah dan daripada situ dia mendapat duit yang banyak.

“Saya tahu seorang pemain boleh mendapat RM300,000 sedangkan hadiah wang kemenangan hanya AS$6,000 (RM23,000).

“Sekarang jika anda melihat kepada laman web pertaruhan yang sah, sama seperti yang anda lihat dalam sukan lain, jadi bagaimana anda hendak membantera­s gejala mengatur perlawanan?,” soalnya.

Menurutnya, dia mengikuti skandal mengatur perlawanan yang membabitka­n dua pemain profesiona­l Malaysia dan percaya bahawa Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) akan bertindak mengikut maklumat diberikan.

“Saya tak pasti sama ada BWF sebelum ini memantau gaya hidup dua pemain ini kerana ramai pemain di luar sana. Kita sekarang hanya menanti apa keputusan perbicaraa­n di Singapura pada hujung bulan ini,” katanya.

Minggu lalu, dalam laporan ekslusif Sukan NSTP mendedahka­n seorang pemain profesiona­l negara sedang disiasat atas dakwaan mengatur perlawanan. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagaimanap­un mengesahka­n dua pemain profesiona­l kini digantung sementara daripada semua pertanding­an sementara menunggu siasatan selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia