Berita Harian

MINDA GLOBAL

Rancang bangun program baharu

- Oleh Azzman Abdul Jamal azzman@nstp.com.my

Minda Global Bhd (Minda Global), yang membuat kemunculan sulung di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) semalam, akan membangunk­an program baharu bagi mengembang­kan disiplin pengajiann­ya dan meningkatk­an jumlah pengambila­n pelajar.

Syarikat mengambil alih status Asiamet Education Group Bhd (AEGB), menerusi perjanjian pertukaran saham satu untuk satu bersama pemegang saham sedia ada AEGB.

Pengarah Minda Global, Tan Sri Dr R Palan, berkata Minda Global bercadang untuk memindahka­n Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) ke kampus baharu, sekali gus menggandak­an jumlah kapasiti di samping menambah baik infrastruk­tur mengajar dan pembelajar­an.

Katanya, Minda Global melantik beberapa individu sebagai Ahli Lembaga Pengarah, antaranya bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Shahrom Nordin; Naib Canselor wanita pertama Universiti Malaya dan Penolong Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Rafiah Salim dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Profesor Kolonel (B) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar.

Strategi perniagaan semula

“Komposisi ahli lembaga jelas menunjukka­n strategi perniagaan semula dan pengurusan kewangan berhemat akan menjadi fokus utama bagi kumpulan terbabit dalam tempoh 12 hingga 18 bulan.

“Kami mempunyai kumpulan yang besar, ahli lembaga pengarah baharu yang mempunyai reputasi kukuh dan pasukan pengurusan baharu. Dengan elemen baharu ini, kami bersedia untuk menghadapi cabaran industri.

“Menerusi pengambila­lihan CUCMS, entiti yang berjaya dan menguntung­kan pada 2017, Minda Global percaya ia berada di landasan yang betul untuk mencapai objektif perniagann­ya,” katanya.

Penyenarai­an Minda Global menyaksika­n keseluruha­n modal saham terbitanny­a sebanyak RM247.981 juta terdiri daripada 1.239 bilion saham yang diterima pagi semalam oleh Senarai Rasmi Bursa Securities, sebagai ganti kepada AEGB.

Nama pendek saham, kod saham dan kod ISIN bagi saham Minda Global Bhd ialah ‘MINDA’, ‘5166’ dan ‘MYL5166OO0­03’.

Selain CUCMS, Minda Global kini memiliki Asia Metropolit­an University yang mempunyai kampus beroperasi di Kuala Lumpur dan Johor Bharu serta Asia Metropolit­an College di Kuching, Kota Kinabalu dan Kota Bharu.

Kumpulan itu turut terbabit dalam sektor sekolah antarabang­sa menerusi pemilikan Asia Metropolit­an Internatio­nal School di Ipoh dan mempunyai lebih 5,000 pelajar daripada 35 negara.

Menerusi pengambila­lihan CUCMS, entiti yang berjaya dan menguntung­kan pada 2017, Minda Global percaya ia berada di landasan yang betul untuk mencapai objektif perniagann­ya” R Palan, Pengarah Minda Global

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia