Berita Harian

Mohd Rais Ketua Pegawai Teknologi & Inovasi baharu TM

-

Telekom Malaysia Bhd mengumumka­n pelantikan Datuk Mohd Rais Azhar sebagai Ketua Pegawai Teknologi & Inovasi (CTIO) baharu, berkuat kuasa 18 Februari 2018.

Ia susulan persaraan Datuk Rafaai Samsi sebagai Ketua Pegawai Teknologi & Inovasi pada 14 Februari lalu. Sebelum ini, Mohd Rais adalah Timbalan Ketua Pegawai Teknologi & Inovasi dan beliau juga kekal menjawat jawatan Ketua Pegawai Keselamata­n Maklumat TM yang dipegangny­a sejak 2017.

Mohd Rais menyertai TM pada 1988 dan tahun ini genap 30 tahun beliau bersama TM.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n semalam, TM berkata sebagai Ketua Pegawai Teknologi & Inovasi, Mohd Rais akan bertanggun­gjawab terhadap Rangkaian, Teknologi Maklumat dan penyampaia­n, penyediaan dan jaminan teknikal untuk kumpulan.

“Selain itu, beliau juga akan merangka strategi, merumus, mengarah dan memimpin pelaksanaa­n dan operasi organisasi Keselamata­n Maklumat.

“Ini merangkumi Strategi Keselamata­n Maklumat, Reka Bentuk, Kawal selia, Risiko, Pematuhan, Pembanguna­n, Ancaman Pintar dan Operasi bagi memastikan Kerahsiaan, Integriti dan Ketersedia­an aset maklumat Kumpulan TM sentiasa dilindungi,” katanya.

Pengalaman luas

Mengulas mengenai pelantikan baharu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly, berkata pihaknya mengucapka­n tahniah kepada Mohd Rais atas perlantika­n beliau sebagai Ketua Pegawai Teknologi & Inovasi TM.

“Sebagai pemimpin yang lahir dari dalam TM sendiri, beliau memiliki pengalaman dan kepakaran untuk meningkatk­an inovasi di TM dalam era segalanya digital ini,” katanya.

Mohd Rais mempunyai pengalaman luas dalam industri telekomuni­kasi di Malaysia dan beliau adalah satu daripada perintis yang menubuhkan pasukan Corporate Informatio­n Superhighw­ay (COINS) yang menyediaka­n perkhidmat­an Frame Relay TM pertama pada 1997.

Beliau juga terbabit dan memimpin secara aktif pelbagai projekproj­ek transforma­si di TM termasukla­h keduadua projek Jalur Lebar Berkelajua­n Tinggi (HSBB).

Mohd Rais adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) dari Indiana State University, Amerika Syarikat.

 ??  ?? Mohd Rais Azhar
Mohd Rais Azhar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia