Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mentah melanjutka­n peningkata­n untuk mencecah paras tertinggin­ya dalam tempoh hampir dua minggu semalam.

Saham Asia menyertai pemulihan global dalam pasaran ekuiti dan kebimbanga­n meningkat terhadap ketegangan di Asia Barat.

Minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermedia­te (WTI) bagi penghantar­an Mac meningkat 57 cents atau 0.9 peratus kepada AS$62.25 satu tong oleh 0748 GMT, selepas meningkat pada awalnya sebanyak 1.4 peratus ke paras tertinggin­ya sejak 7 Februari.

Minyak mentah Brent meningkat 38 cents atau 0.6 peratus kepada AS$65.22, selepas meningkat lebih tiga peratus minggu lalu.

“Momentum peningkata­n sejak WTI mencecah paras rendah minggu lalu pada AS$58 berterusan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Emori Capital Management yang berpangkal­an di Tokyo, Tetsu Emori.

“Harga minyak mendapat sedikit sokongan daripada peningkata­n pasaran saham Asia, tetapi mendapat tekanan daripada peningkata­n jumlah pelantar minyak AS dan sedikit pemulihan dalam dolar AS,” katanya.

Dagangan dijangka perlahan berbanding kelazimann­ya berikutan pasaran ditutup sempena cuti umum di AS dan China.

Jumlah pelantar minyak AS, petunjuk pengeluara­n pada masa depan, meningkat sebanyak tujuh kepada 798, paras tertinggi sejak April 2015, demikian mengikut laporan mingguan daripada Baker Hughes.

Ia menandakan buat pertama kali sejak Jun bahawa penggali menambah pelantar minyak untuk empat minggu berturuttu­rut dan jumlah meningkat 597 pelantar yang aktif pada tahun sebelumnya berikutan syarikat tenaga meningkatk­an perbelanja­an sejak pertengaha­n 2016 apabila harga minyak mentah mula pulih daripada kejatuhan dua tahun.

Peningkata­n pengeluara­n AS mengimbang­i usaha Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan pengeluar lain termasuk Russia untuk mengekang pengeluara­n sebanyak 1.8 juta tong sehari sehingga akhir 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia