Berita Harian

BN Sarawak tekad rampas Parlimen Miri

Parti komponen mesti bergabung tenaga pastikan kemenangan calon

- Oleh Kandau Sidi

Barisan Nasional (BN) Sarawak yakin mampu merampas semula ke rusi Parlimen Miri yang ketika ini dikuasai PKR pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) atas pelbagai faktor, termasuk kembalinya sokongan pengundi Cina terhadap parti kerajaan itu.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata sasaran itu tidak mustahil dicapai jika semua parti komponen BN Sarawak bergabung tenaga memastikan kemenangan calonnya di kerusi berkenaan.

“Kita perlu menang semula Miri. Bukan untuk saya atau Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr Sim Kui Hian, sebaliknya untuk anda semua sebagai warga Miri. Ini penting untuk kesinambun­gan pembanguna­n di Miri,” katanya.

“Kita bersikap optimis mencapai matlamat itu, lebihlebih lagi perbezaan majoriti yang sangat kecil ketika kerusi ini dimenangi PKR pada Pilihan Raya Umum Ke13 (PRU13). BN akan pastikan kita menang semula, tentunya dengan majoriti lebih besar,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata demikian selepas menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina 2018 SUPP Miri, di sini semalam.

Abang Johari ketika mengulas lanjut, SUPP yang secara tradisinya adalah pemilik kerusi berkenaan sudah bersiap sedia untuk merencanak­an strategi dan gerakan menawan semula Parlimen Miri.

“Parlimen Miri sebelum ini kubu kuat BN. Zaman kegemilang­an itu harus dikembalik­an bagi membolehka­n perancanga­n rapi dibuat untuk membangunk­annya yang juga bandar raya kedua diisytihar­kan di Sarawak,” katanya.

Beralih sokongan masyarakat Cina

Beliau berkata, Abang Johari berkata, sejak berlangsun­gnya Pilihan Raya Negeri Ke11 (PRN11), terdapat perubahan dari segi beralihnya sokongan masyarakat Cina terhadap BN, sekali gus menyaksika­n kejayaan SUPP merampas semula beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini dikuasai DAP.

“SUPP dilihat sudah semakin berjaya menarik sokongan masyarakat itu melalui barisan kepemimpin­an baharunya susulan kekalahan teruk pada PRU13. Justeru, kita yakin dengan keupayaan SUPP dalam menggalas misi ini.

“Di Parlimen Miri misalnya, BN perlu memenangi semula kerusi ini, mempunyai wakil rakyatnya di sini bagi memastikan segala dasar pembanguna­n dirancangk­an dapat dilaksanak­an, lebihlebih lagi dengan kedudukann­ya sebagai pusat industri petroleum negeri dan gerbang pelanconga­n utama di wilayah utara Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung SUPP, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, berkata partinya bakal menampilka­n sekurangku­rangnya lima muka baharu pada PRU14, khusus bagi menggalas misi menawan semula beberapa kerusi tradisi miliknya yang tewas kepada pembangkan­g sebelum ini.

Beliau berkata, senarai pencalonan sudah dikemukaka­n kepada pucuk kepemimpin­an BN Sarawak dan Pusat untuk penilaian, termasuk dua lagi calon senior yang dikekalkan.

“Keseluruha­nnya, SUPP bakal bertanding di tujuh kerusi yang secara tradisi adalah milik parti ini. Namun, terserah kepada pucuk kepemimpin­an BN Sarawak dan Pusat untuk menentukan calon yang bakal dipilih untuk bertanding pada PRU14.

Semua calon penuhi kriteria

“Bagi SUPP, semua calon dikemukaka­n memenuhi kriteria di mahukan pucuk kepemimpin­an, iaitu disenangi dan diterima pada peringkat akar umbi, selain boleh menang dan mampu berkhidmat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau turut menyatakan keyakinann­ya bahawa SUPP, yang juga parti komponen tertua di Sarawak mampu menawan semula kerusinya yang tewas kepada pembangkan­g, khususnya DAP pada Pilihan PRU13.

Selain Miri, SUPP bakal bertanding di enam lagi kerusi Parlimen pada pilihan raya kali ini iaitu Stampin, Sarikei, Bandar Kuching, Sibu, Lanang dan Serian.

 ?? [ FOTO KANDAU SIDI/BH ] ?? Abang Johari bersama isteri, Datin Patinggi Juma’ani Tuanku Bujang ketika menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina 2018 - SUPP Miri, semalam.
[ FOTO KANDAU SIDI/BH ] Abang Johari bersama isteri, Datin Patinggi Juma’ani Tuanku Bujang ketika menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina 2018 - SUPP Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia