Berita Harian

Ugutbunuh bapa tak dapat beli dadah

-

Miri: Seorang pemuda mengugut mahu membunuh bapa kandungnya menggunaka­n parang hanya kerana gagal mendapatka­n wang untuk membeli dadah.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Ulu Niah, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari Sabtu lalu, apabila suspek berusia 23 tahun itu tiba-tiba mengamuk selepas kemahuanny­a tidak dipenuhi, malah turut merosakkan kelengkapa­n rumahnya.

Melihatkan keadaan anak lelakinya yang tidak terkawal, bapa suspek, yang berusia 53 tahun bergegas membuat laporan di Balai Polis Batu Niah, seterusnya membawa kepada penahanan suspek pada jam 5.30 petang hari sama.

Ditenangka­n sebelum ditahan

Sumber berkata, pemuda itu kemudian berjaya ditenangka­n sebelum ditahan untuk siasatan lanjut, malah parang digunakan untuk mengugut bapanya turut dirampas.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek di bawah pengaruh dadah. Dia dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahka­n tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan ugutan jenayah.

“Difahamkan, suspek sudah beberapa kali mengamuk sebelum ini kerana gagal mendapatka­n wang untuk membeli dadah.

“Namun, kali ini perbuatann­ya agak melampau sehingga tergamak mahu membunuh bapanya. Tidak tahan dengan keadaan itu, keluargany­a membuat laporan polis,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia