Berita Harian

Tiga bangkai penyu terapung dekat Pulau Mabul

-

Semporna: Sebanyak tiga bangkai penyu ditemui terapung dalam keadaan perut terburai dipercayai isi diambil sebelum dibuang ke laut, kira-kira dua kilometer dari Pulau Mabul, dekat sini, semalam.

Bangkai spesies penyu hijau itu ditemui kira-kira jam 9.20 pagi oleh jurugambar sambilan dikenali Joe, 34, ketika membawa sekumpulan pelancong China ke pulau berhampira­n.

Joe ketika dihubungi berkata, dia tidak dapat mengalihka­n bangkai penyu itu kerana sedang membawa pelancong dan bimbang jika mereka rasa kurang selesa melihat hidupan marin itu dibunuh.

“Perkara seperti ini boleh menjejaska­n imej Semporna yang terkenal dalam sektor pelanconga­n, khususnya keindahan marin dan kepelbagai­an hidupan laut,” katanya.

Joe berkata, ini kali kedua penemuan bangkai penyu berhampira­n Pulau Mabul selepas tujuh bangkai penyu hijau diikat antara satu sama lain ditemui hanyut berhampira­n resort di Pulau Mabul, tahun lalu.

Mula siasatan

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, ketika dihubungi semalam, mengesahka­n menerima maklumat berhubung penemuan tiga bangkai penyu terbabit dan sudah menghantar pegawai untuk menjalanka­n siasatan.

“Saya sangka beberapa individu sudah dipenjara (berkaitan pembunuhan penyu) masalah ini tidak akan berulang. Namun, masih ada lagi pemburu (penyu) di daerah terbabit,” katanya.

September tahun lalu, kira-kira 100 rangka penyu hijau ditemui di kawasan semak berhampira­n pantai Kampung Pantau-pantau, Kampung Amboh-amboh dan Kampung Sampilan di Pulau BumBum, Semporna, disusuli penemuan tujuh bangkai penyu di perairan Pulau Mabul, beberapa hari kemudian.

Jabatan Hidupan Liar Sabah percaya pemburuan haram terhadap hidupan marin itu dilakukan oleh golongan Bajau Laut atau dikenali nomad laut.

Pada pertengaha­n Oktober 2017, dua lelaki warga Filipina masingmasi­ng dihukum penjara empat tahun dan denda RM150,000 selepas mengaku bersalah memiliki 97 kilogram cangkerang dan bahagian bangkai penyu hijau (Chelonia mydas) tanpa permit.

Bulan lalu, seorang lagi lelaki warga Filipina dipenjara tiga tahun dan denda RM60,000 selepas mengaku bersalah memiliki empat potong cengkerang penyu hijau iaitu hasil haiwan dilindungi tanpa permit.

 ??  ?? Antara bangkai penyu hijau yang ditemui berhampira­n Pulau Mabul, semalam.
Antara bangkai penyu hijau yang ditemui berhampira­n Pulau Mabul, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia