Berita Harian

Masalah brek disyaki punca bas terbakar

39 pelancong China nyaris rentung tayar belakang terbakar

- Oleh Recqueal Raimi

Masalah pada sistem brek dipercayai punca kebakaran membabitka­n sebuah bas persiaran membawa 39 pelancong China di Jalan Tamparuli - Ranau berhampira­n Kampung Kapa, Tamparuli, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superinten­dan Dzulbahari­n Ismail, berkata dalam kejadian kirakira jam 7.45 malam itu, pemandu bas terbabit terhidu bau hangit di bahagian belakang bas sebelum memberhent­ikan kenderaan di bahu jalan.

Katanya, pemeriksaa­n lanjut mendapati kebakaran berlaku di bahagian tayar belakang dan pemandu berusia 28 tahun itu cuba untuk memadamkan kebakaran dengan alat pemadam api namun gagal sebelum api merebak membakar keseluruha­n bas.

Berjaya dipadamkan

“Semua penumpang sempat keluar dari bas dan tidak mengalami seba- rang kecederaan. Mereka kemudian dibawa menaiki bas lain milik syarikat sama ke Kota Kinabalu.

“Kebakaran disyaki berpunca akibat masalah sistem brek, namun siasatan lanjut dijalankan oleh pihak forensik Jabatam Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Qawie Gapar, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 7.42 malam sebelum menghantar tujuh anggota bersama sebuah jentera ke lokasi.

“Kebakaran itu menyebabka­n kesesakan lalu lintas apabila puluhan kenderaan terpaksa berhenti di tepi jalan berikutan bimbang melalui jalan terbabit ketika api sedang marak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia