Berita Harian

Sindiket sabung ayam sasar hutan terpencil

-

Kuching: Lokasi sabung ayam yang dijalankan dalam hutan Sebuyau di Simunjan, gagal mengaburi mata pihak berkuasa selepas kawasan itu diserbu polis, kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 4 petang itu dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, diketuai Asisten Superinten­dan Rudy Garit hasil risikan dan maklumat awam mengenai aktiviti haram itu di hutan berkenaan.

Ketua JSJ Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata hasil serbuan itu seramai 21 lelaki berusia 24 hingga 70 tahun ditahan ketika mereka leka menyabung ayam dalam sebuah pondok yang dibina di kawasan berkenaan.

Menurutnya, polis merampas dua ayam jantan hidup dan dua lagi yang sudah mati dipercayai selepas disabung sebelum polis menyerbu kawasan berkenaan.

Beliau berkata, polis membakar pondok yang digunakan untuk menyabung ayam bagi mengelak aktiviti sama dijalankan lagi di kawasan sama pada masa akan datang.

“Pada masa sama, polis juga menyerbu dua lagi lokasi di Miri and Kota Samarahan dan menahan sembilan individu yang dipercayai menyertai sabung ayam,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Perjudian ‘holo’

Beliau berkata, dalam serbuan sepanjang minggu lalu juga, polis turut menahan 34 lelaki yang terbabit dalam perjudian ‘holo’ di Miri, Sarikei, Serian, Sibu dan Bau selain merampas wang tunai berjumlah RM6,014.

Katanya, polis juga turut menjalanka­n operasi penjualan loteri haram dengan melakukan 18 serbuan, judi atas talian (lima), judi di pusat hiburan (tiga) dan judi di tempat terbuka (empat).

“Secara keseluruha­n polis menahan 91 individu masing-masing 80 lelaki dan 11 wanita berusia 19 hingga 70 tahun atas pelbagai kesalahan membabitka­n perjudian.

“Semua yang ditahan akan disiasat atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Pencegahan Penganiaya­an Terhadap Haiwan 1952,” katanya.

 ?? [ FOTO IHSAN PDRM ] ?? Lokasi sabung ayam di hutan Sebuyau di Simunjan yang diserbu polis, kelmarin.
[ FOTO IHSAN PDRM ] Lokasi sabung ayam di hutan Sebuyau di Simunjan yang diserbu polis, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia