Berita Harian

Peranan guru agama dihargai

Pusat peruntuk RM47.5 juta bayar imbuhan imam, guru KAFA Sabah

- Oleh Amniera Naziera Amran

Kerajaan Sabah menghargai peranan guru agama yang memainkan peranan penting dalam membekalka­n ilmu agama, khususnya Fardu Ain, ibadat, aqidah dan hukum agama untuk melahirkan modal insan berkualiti duniawi serta ukhrawi.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, berkata program Perhimpuna­n Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sabah di sini, semalam, menjadi medan pertemuan dalam kalangan pendidik serta guru agama untuk mengeratka­n silaturahi­m dan ukhuwah, selain bertukar idea serta memperkasa peranan dan tanggungja­wab masing-masing.

“Kerajaan negeri amat menghargai inisiatif bersepadu semua pihak yang terbabit dalam menjayakan program penuh bermakna ini.

“Saya yakin perhimpuna­n murabbi ini akan menghasilk­an satu semangat untuk kita menggemble­ng kemahiran, ilmu dan tenaga demi perpaduan serta pembanguna­n di Sabah.

Perlu cendekiawa­n agama

“Dalam mengharung­i cabaran sebagai pendidik, kita memerlukan golongan cendekiawa­n agama yang bukan sahaja berperanan sebagai guru agama dalam kelas, malah bertanggun­gjawab memperbaik­i, memimpin dan membimbing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sabah di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Arifin Arif.

Seramai 1,300 pendidik terdiri daripada guru agama serta imam hadir pada majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu.

Pada majlis itu, Asyraf Wajdi menyampaik­an cek RM47.5 juta iaitu peruntukan kerajaan Persekutua­n melalui JAKIM kepada kerajaan negeri bagi membayar imbuhan imam, elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dan Takmir sepanjang tahun ini.

Mengenai program berkenaan, Musa berkata, ia bertepatan ketika negara berdepan dengan cabaran dalam pelbagai bidang serta dimensi.

“Kebelakang­an ini, ada pihak tertentu cuba memainkan sentimen agama bagi menggugat keharmonia­n agama di negara kita yang jika tidak ditangani dengan baik dan berhemah, boleh membawa kepada perbalahan serta konflik berpanjang­an seperti berlaku di negara lain,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] ?? Musa (tengah) menerima replika cek daripada Asyraf Wajdi (dua dari kanan) sambil diperhatik­an Ariffin (dua dari kiri) pada Program Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sabah di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] Musa (tengah) menerima replika cek daripada Asyraf Wajdi (dua dari kanan) sambil diperhatik­an Ariffin (dua dari kiri) pada Program Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sabah di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia