Berita Harian

Penduduk Kampung Ulu Bakut rayu jalan diturap

-

Tuaran: Lebih 300 penduduk Kampung Ulu Bakut, di sini, berharap laluan tanah merah di perkampung­an itu dapat dinaik taraf kepada jalan berturap sepenuhnya, demi keselesaan mereka dan pengguna jalan raya.

Ketika ini, penduduk terpaksa mengharung­i kemudahan asas yang kurang selesa kerana tidak mempunyai pilihan lain.

Difahamkan, walaupun laluan itu kira-kira empat kilometer dari jalan utama Tuaran-kota Kinabalu, disebabkan keadaan fizikal kemudahan itu menjadikan setiap perjalanan penduduk mengambil masa lebih 30 minit untuk sampai ke destinasi.

Disebabkan ketiadaan laluan lain, penduduk Kampung Ulu Bakut terpaksa menggunaka­n jalan berdebu pada musim kemarau dan becak ketika hujan untuk ke pekan.

Ambil tindakan segera

Ketua Kampung Ulu Bakut, Ekon Kindingan, 83, berkata pihak berkaitan diharap tidak memandang sepi keperluan penduduk kampung terbabit, sebaliknya mengambil langkah segera demi keselesaan mereka.

“Kami berharap kemudahan jalan raya berturap dapat dibina di kampung ini demi keselesaan penduduk untuk berulang-alik ke pekan tanpa perlu berdepan kesukaran, terutama ketika musim hujan apabila jalan terbabit becak dan agak susah dilalui,” katanya, semalam.

Penduduk, Justin Sani, 53, berkata hanya sebahagian kecil jalan itu, terutama kawasan berbukit menuju perkampung­an dibina dengan konkrit untuk memudahkan kenderaan melaluinya, manakala selebihnya masih jalan tanah merah dengan permukaan tidak rata.

“Laluan itu tidak sewajarnya terbiar lama, dalam keadaan tidak sempurna kerana ia satusatuny­a kemudahan penduduk Kampung Ulu Bakut untuk ke pekan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia