Berita Harian

UPSI UNIVERSITI AWAM PERTAMA IKTIRAF LEPASAN VOKASIONAL

20 pelajar KV, ILKA sudah daftar awal bulan ini

- Oleh Basir Zahrom

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) muncul universiti awam (UA) pertama menawarkan peluang menyambung pengajian kepada lulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebaik bergraduat.

Naib Canselorny­a, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata kohort pertama sudah pun berdaftar dengan UPSI awal bulan ini, membabitka­n 20 pelajar lepasan Kolej Vokasional (KV) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Beliau berkata, bagi mewujudkan peluang kemasukan lebih fleksibel, tetapi memenuhi syarat kualiti yang ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), UPSI memberi peluang kepada pelajar TVET yang memperoleh Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dengan Purata Nilai Gred Keseluruha­n (CGPA) minimum 3.66 pada peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

“Pelajar yang tidak memenuhi syarat minimum seperti Sejarah, boleh mengambil kertas Sejarah secara persendiri­an atau mengambil subjek itu yang disetaraka­n dengan SPM.

“Graduan TVET yang ingin melanjutka­n pengajian ke UPSI harus lulus Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) pada Band 2 dan lulus MUET Band 3 untuk bergraduat serta lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventori (Medsi) dan temu duga yang ditetapkan,” katanya.

Pengalaman kerja

Sebelum ini, lulusan KV perlu mempunyai pengalaman bekerja selama dua tahun untuk mendapat sijil Program Akreditasi Pembelajar­an Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) daripada MQA untuk membolehka­n mereka melanjutka­n pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Sehubungan itu, tawaran UPSI berkenaan membuka lebih banyak peluang kepada pelajar KV untuk terus melanjutka­n pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda tanpa perlu memiliki sijil APEL, tetapi perlu memenuhi syarat kelayakan SVM.

Penawaran itu sejajar dengan penubuhan Kampus Fakulti Teknikal dan Vokasional UPSI di Teluk Intan pada 2019 yang mampu melahirkan lebih banyak tenaga pengajar dan pensyarah TVET yang berkemahir­an tinggi di negara ini.

Beliau berkata, bagi kohort pertama tawaran untuk menyambung pengajian merangkumi program Sarjana Muda Pendidikan (Sains Pertanian), Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi Rumah Tangga), Sarjana Muda Pendidikan Reka Bentuk dan Teknologi) di Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), manakala Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE).

Katanya, bagi peringkat diploma syarat minimum CGPA 2.5 diperlukan ialah yang setara dengan Tahap 4 dalam kerangka kelayakan Malaysia selain memenuhi syarat lain seperti lulus Bahasa Melayu, lulus atau kredit Matematik dan Sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kohort pertama sudah pun berdaftar dengan UPSI awal bulan ini, membabitka­n 20 pelajar lepasan Kolej Vokasional (KV) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)” Dr Mohammad Shatar Sabran, Naib Canselor UPSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia