Berita Harian

CHONG WEI TOLAK TAWARAN BOOKIE

Jaguh perseorang­an negara akui tidak layan tawaran bookie demi maruah

- Oleh Helmi Talkah

Jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui pernah ditawarkan habuan oleh seseorang untuk mengatur perlawanan dalam kejohanan yang disertainy­a.

Bagaimanap­un, pemain nombor dua dunia itu tidak melayan tawaran berkenaan apabila menegaskan yang dia bermain bukan sematamata kerana wang tetapi demi ma ruah negara.

“Memang ada orang pernah tawarkan saya (untuk mengatur perlawanan) tetapi bagi saya wang bukan segalasega­lanya.

“Apa yang paling penting adalah maruah negara yang perlu dijaga dan ia sudah menjadi tanggung jawab saya untuk menjaganya,” kata Chong Wei ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara di sini, semalam.

Justeru, sebagai pemain negara yang paling senior, Chong Wei, 36, mengingatk­an rakanrakan­nya khususnya yang masih muda supaya tidak terjebak dengan kegiatan mengatur perlawanan kerana baginya tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan.

Minggu lalu dalam satu laporan eksklusif, Sukan NSTP mendedahka­n seorang pemain profesiona­l Malaysia yang pernah beraksi dalam di kejohanan utama seperti Seluruh England dan Kejohanan Dunia, sedang disiasat Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) atas dakwaan mengatur perlawanan.

Usah cemar imej

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kemudian mengesahka­n bukan seorang tetapi dua pemain di luar badan induk itu digantung sementara menyertai manamana kejohanan BWF.

Mengulas lanjut, Chong Wei yang kini dalam persiapan menghadapi Seluruh England, bulan depan menyifatka­n kegiatan mengatur perlawanan membabitka­n sukan badminton ketika ini sesuatu yang mencemarka­n imej Malaysia sebagai antara kuasa besar sukan berkenaan.

“Apa yang saya boleh katakan, ia mencemarka­n nama baik negara dan sukan badminton. Mereka mungkin bukan pemain BAM tetapi mereka masih membawa Jalur Gemilang di dada mereka setiap kali beraksi.

“Sebagai pemain utama dunia, kes ini sangat memalukan. Saya harap kes ini akan segera diselesaik­an dan saya tahu BAM akan ambil mengambil tindakan tegas,” katanya.

Sebagai pemain utama dunia, kes ini sangat memalukan. Saya harap kes ini akan segera diselesaik­an dan saya tahu BAM akan ambil mengambil tindakan tegas” Lee Chong Wei, Jaguh perseorang­an negara

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia