Berita Harian

TOL BATU TIGA RAGUT 3 NYAWA DIROBOH

Kerja roboh struktur binaan selesai hujung Mac

- Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim

Shah Alam

Kerja merobohkan Plaza Tol Batu Tiga di sini, bermula malam tadi dengan sebahagian daripada struktur fizikal dirobohkan.

Tinjauan mendapati kerja berkenaan membabitka­n dua kaunter tol di sebelah kiri dari arah Kuala Lumpur menghala Shah Alam.

Bagaimanap­un, perobohan struktur fizikal itu hanya membabitka­n lorong kiri dan tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Sebelum ini, banyak pihak terutama pengguna lebuh raya mendesak plaza tol itu dirobohkan selepas berlaku beberapa kemalangan yang meragut nyawa.

Kelmarin, dua pengguna Lebuhraya Persekutua­n menjadi korban struktur fizikal Plaza Tol Batu Tiga, apabila kereta yang dinaiki sepasang sahabat itu hilang kawalan dan merempuh tembok tol jam 12.55 pagi.

Kemalangan maut akibat rempuhan tembok plaza tol itu adalah yang kedua di lokasi itu selepas kemalangan yang meragut nyawa dua sahabat pada 15 Januari lalu.

PLUS dalam proses mengalihka­n aset

Di Parit Buntar, BERNAMA melaporkan, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata kerja meroboh struktur binaan Plaza Tol Batu Tiga akan selesai selewatlew­atnya pada 28 Mac ini.

Katanya, berkata perkara itu dimaklumka­n oleh PLUS Malaysia Berhad kepada kementeria­n.

Katanya, proses pengalihan aset yang antara lain membabitka­n peralatan tol dan papan tanda giat dijalankan.

“Sekarang pihak PLUS dalam proses mengalihka­n aset mereka dari kawasan itu dan apabila sudah sempurna, kerja meroboh struktur bangunan dilakukan.

“Kita turut dimaklumka­n bahawa program pengurusan trafik akan dijalankan bagi memastikan aliran trafik tidak terganggu ketika kerja perobohan dilaksanak­an,“katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Hospital Parit Buntar, di sini, semalam.

Pengguna diminta berwaspada

Sebelum ini, banyak pihak terutama pengguna lebuh raya mendesak plaza tol itu dirobohkan selepas berlaku beberapa kemalangan yang meragut nyawa.

Fadillah berkata, pihaknya juga berharap pengguna lebuh raya itu lebih berwaspada dan tidak memandu dalam keadaan berbahaya, sekali gus mengelak daripada berlaku kesesakan dan kemalangan yang boleh meragut nyawa.

“Saya menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati sebab akhirnya yang menentukan kita selamat atau tidak di jalan raya adalah diri kita sendiri.

“Kita kena pandu secara berhemah dan pastikan berjagajag­a untuk elakkan sebarang kemalangan tidak diingini daripada berlaku,” katanya.

Sekarang pihak PLUS dalam proses mengalihka­n aset mereka dari kawasan itu dan apabila sudah sempurna, kerja meroboh struktur bangunan dilakukan” Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Kerja meroboh struktur Plaza
Tol Batu Tiga, Shah Alam sudah bermula.
Kerja meroboh struktur Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam sudah bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia