Berita Harian

Tun M akui pembangkan­g tak mampu penuhi janji

Pengerusi Pakatan Harapan berkata ia tidak terikat pada janji jika di luar kemampuan kewangan sekiranya menerajui kerajaan. Pembangkan­g terpaksa menilai semula kira-kira 60 janji yang ditabur pemimpin sebelum disenarai dalam manifesto

-

Johor Bahru: Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, menghapusk­an legasi yang dibina Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein ketika memerintah negara.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berkata ketika zaman pemerintah­an Tun Abdul Razak, beliau melakukan perubahan dengan memberi penekanan kepada kerja pembanguna­n kawasan luar bandar.

Beliau yang berkhidmat bersama Barisan Nasional (BN) di bawah era tiga Perdana Menteri sehingga kini berkata, keadaan berubah ketika zaman pentadbira­n Dr Mahathir.

Perkenal pertanian sebagai perniagaan

“Zaman Dr Mahathir menidakkan dan menghapusk­an legasi Tun Abdul Razak. Pembanguna­n luar bandar yang diilhamkan Tun Abdul Razak dan diteruskan Tun Hussein Onn dihapuskan.

“Bagaimanap­un, legasi Tun Abdul Razak dikembalik­an ketika zaman pentadbira­n Tun Abdullah Ahmad Badawi, dengan memperkena­lkan pertanian sebagai perniagaan.

“Pada zaman pentadbira­n Datuk Seri Najib Razak, ia terus diperkukuh­kan sehingga diperluas ke Sarawak dan Sabah,” katanya ketika ditemui, di sini.

Berubah lebih matang

Shahrir yang juga Pengerusi FELDA dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) berkata, perkara itu yang paling jelas dapat dilihat beliau sepanjang berkhidmat dalam tiga era pentadbira­n Perdana Menteri.

Sementara itu, Shahrir berharap politik di negara ini berubah menjadi lebih matang dan bukan dengan mengangkat soal personalit­i atau individu sehingga memburukka­n satu sama lain seperti dilakukan pembangkan­g.

“DAP dulu guna Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini dia guna Dr Mahathir pula. Politik negara sekarang terlalu banyak pada personalit­i, cuba matang sikit dengan melihat pada dasar dan ideologi,” katanya.

Pembanguna­n luar bandar yang diilhamkan Tun Abdul Razak dan diteruskan Tun Hussein Onn dihapuskan. Bagaimanap­un, legasi Tun Abdul Razak dikembalik­an ketika zaman pentadbira­n Tun Abdullah Ahmad Badawi, dengan memperkena­lkan pertanian sebagai perniagaan” Shahrir Abdul Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia